Date: Selasa, Januari 7, 2025

Khamis, 2 Januari 2025 - Majlis Penyerahan dan Perasmian Bangunan Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. HJ. Mohamad Salzeli Bin Moktar, Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka kepada YBrs. Tuan En. Logarajah a/l G Subramaniam, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Tan Ee Hong Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, YBrs. Dr. Sharifah Binti Omar Timbalan Pengarah (Perubatan) 1 dan YBrs. Ir. Ahmad Faris Bin Mohd Salleh Jurutera Mekanikal Penguasa Cawangan Kerja Kesihatan JKR Malaysia, pegawai-pengawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, pegawai-pegawai Hospital, pegawai-pegawai kanan JKR Negeri Melaka, Pegawai Cawangan Kerja Kesihatan Ibu Pejabat JKR Malaysia, dan Pasukan Kontraktor Utama.

Projek Naiktaraf Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Melaka merupakan sebuah projek di bawah Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia ke-11 (RP4, RMKe-11) yang dilaksanakan secara Reka dan Bina serta secara Tender Terbuka. Kos kontrak keseluruhan semasa adalah RM14,796,177.85 dengan tarikh milik tapak pada 27 Julai 2021 dan tarikh siap semasa adalah ada 5 September 2025. Skop kontrak keseluruhan bagi pojek ini adalah melibatkan;

  1. Menaiktaraf Jabatan Kecemasan & Trauma (Termasuk Menaiktaraf laluan Ambulans/Kenderaan serta Triage); dan
  2. Pembangunan semula Jabatan Pergigian Pediatrik.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka dilantik sebagai Pengawai Penguasa (PP) dan dibantu oleh Pengurus Besar Kanan Pembinaan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) JKR Melaka selaku Wakil Pegawai Penguasa (WPP) selain Penyelia Tapak Bina (PTB) serta anggota pasukan yang lain. 

Pihak Kontraktor telah menyiapkan kerja untuk skop Pembangunan Semula Jabatan Pergigian Pediatrik sebelum tarikh siap semasa dan terdapat permohonan daripada pihak end user untuk penyerahan awal bangunan tersebut dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tapak asal bangunan ini adalah merupakan rumah kelab yang uzur dan bangunan tersebut dirobohkan bagi membina satu bangunan baru tiga (3) tingkat untuk Pergigian Pendiatik ini yang hanya berkeluasan 657m2 sahaja. Skop kerja yang terlibat bagi Pembangunan semula di Jabatan Pergigian Pediatrik ini adalah:

  1. Kerja-kerja merobohkan bangunan lama Rumah Kelab
  2. Pembinaan bangunan baru Jabatan Pergigian Pediatrik serta komponen di dalamnya yang mengandungi;
  1. 5 bilik dental surgery (2 Specialist, 2 MO & 1 Sedation);
  2. 1 Intraoral Xray;
  3. 1 Recovery Bay;
  4. 1 Dental Lab (Compression & Suction);
  5. 1 Dirty Utility, Preparation Room, 5 Mini Sterilizers & Clean Utility;
  6. Storage Room, Admintration Office & Record Room, Public Staff Ammenities; dan
  7. 1 Registration Counter & 20 Pax Waiting Area
  1. Parking kenderaan serta lanskap

Sebagai Agensi Teknikal yang mengawalselia projek-projek kerajaan, JKR Malaysia telah melaksanakan penyeliaan secara holistik melalui Sistem Kawal dan Lapor (SKALA) dan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) JKR yang mematuhi piawaian Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) berkaitan dalam sektor pembinaan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka, pihak kontraktor projek dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat