Date: Rabu, November 8, 2023

Pada 7 November 2023 (Selasa) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Rintis Bangunan Daif di SK Bandar Baru Bangi, Selangor yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.

Hadir semasa majlis perasmian tersebut adalah YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor; YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan, YAB Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara; Datuk Nik Nasarudin Mohd. Zawawi, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia; YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya.

Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Ir. Balamurugam A/L A. Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan Ibu Pejabat JKR Malaysia; Ir. Hj. Lokman bin Hj. Nasir, Pengarah JKR Negeri Selangor serta semua pegawai-pegawai pasukan projek yang terlibat daripada JKR Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Matlamat utama pembinaan sekolah ini adalah untuk menyediakan ruang dan kemudahan tambahan kepada murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi yang dapat memberi persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa kepada guru-guru dan murid-murid. Projek ini menggunakan Rekabentuk Pre Approved Plan (PAP) dan kaedah pembinaan menggunakan kaedah IBS (Intelligent Building System) Ringkas / Inovatif (Dry Wall).

Projek ini telah disiapkan dengan jayanya secara 3 dalam 1 serta Tiga (3) HARI AWAL daripada Tarikh Siap Asal dan Perakuan Siap Kerja Projek (CPC) untuk Sectional 1 - Kerja-Kerja Bangunan (4 Bilik Darjah dan 2 Tandas) telah dikeluarkan pada 22 Ogos 2023.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cawangan Kerja Pendidikan, Pasuka Reka bentuk (HODT), JKR Negeri Selangor, JKR Daerah Hulu Langat Selaku Pegawai Penguasa, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam usaha projek ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Jabatan Kerja Raya sentiasa komited untuk memberikan penyampaian perkhidmatan yang optimum demi memacu pembinaan infrastruktur negara.

Sila klik untuk melihat ucapan YAB PM Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim

PMX SK Bangi

PMX SK Bangi

PMX SK Bangi

PMX SK Bangi

PMX SK Bangi

PMX SK Bangi

PMX SK Bangi

PMX SK Bangi

PMX SK Bangi

PMX SK Bangi

PMX SK Bangi

pmx sk bangi

 

                                      SEBELUM                                                                                                         SELEPAS​pmx sk bangi

pmx sk bangi

pmx sk bangi