Date: Selasa, April 20, 2021

Majlis Penyerahan Desktop Workstation Bagi Projek Pengukuhan Secara Building Information Modelling (BIM) Di JKR Malaysia telah diadakan pada 20 April 2021 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya kepada YBrs. Ir. Haji Badioezaman bin Ab. Khalik, Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB). Majlis ini merupakan simbolik kesiapsiagaan warga JKR dalam pelaksanaan projek yang akan dilaksanakan secara BIM bagi projek-projek Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).

Sebanyak 120 bilangan desktop workstation akan diterima bermula pada 20 April 2021 sehingga 7 Mei 2021 dan akan diagihkan kepada tujuh (7) cawangan yang terlibat. Desktop workstation ini juga akan menerima perisian kejuruteraan BIM iaitu Autodesk bagi kegunaan para pegawai.

Pembekalan perkakasan ICT Dan perisian ini merupakan inisiatif daripada Bahagian Teknologi Maklumat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) bersama CPAB bagi menyediakan dan memperkukuhkan infrastruktur ICT yang bersepadu dan terangkum selaras Pelan Strategik ICT JKR bagi memenuhi keperluan pelaksanaan BIM.

Adalah diharapkan dengan serahan Desktop Workstation ini akan menjadi pemangkin serta pencetus semangat kepada seluruh warga JKR untuk terus komited dan konsisten dalam menjayakan projek-projek yang akan dilaksanakan secara BIM.