Date: Isnin, November 18, 2024
Lundu,16 November 2024 – Bertempat di Dewan Sri Pakma, SMK Lundu, Lundu, Sarawak telah berlangsung Majlis Penyerahan Dua (2) Projek siap serentak (2 dalam 1) iaitu:
  1. Pembinaan Gantian 12 Bilik Darjah dan Lain-Lain Kemudahan di SMK Lundu, Lundu, Sarawak (Reka & Bina) dan
  2. Pembinaan Bangunan Tambahan 10 Bilik Darjah dan Lain-Lain Kemudahan di SMK Padawan, Padawan, Sarawak
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Jasmi Bin Wahab selaku Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia diwakili oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan; YBhg. Datuk Masyati binti Abang Ibrahim.
 
Majlis penyerahan projek telah disaksikan oleh YBhg. Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya; Ybhg. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong; YBhg. Dato' Seri Azman Bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya; Ybhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia; YBrs. Dr. Les Anak Met, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Sarawak dan YB Encik Azizul Annuar Bin Pehin Sri Haji Adenan, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu.
 
Juga turut hadir bagi menyaksikan majlis ini adalah YBrs. Ir. Sulaiman bin Ismail, Cawangan Kerja Pendidikan - HOPT; YBrs. En. Mohammad Azizan bin Madihi, Pengetua SMK Lundu; YBrs. En. Irie Anak Ambau, Pengetua SMK Padawan dan wakil dari Jabatan-Jabatan lain.
 
Majlis kemudian diteruskan dengan upacara simbolik penyerahan projek, iaitu sesi menandatangani dokumen penyerahan oleh YBhg. Dato’ Ir. Jasmi Bin Wahab, Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 bersama En. Reza-Rizvy bin Ahmad Rony Assim selaku Pengarah Urusan Izra Enterprise Sdn. Bhd. dan seterusnya menandatangai dokumen penyerahan projek bersama YBhg. Datuk Masyati binti Abang Ibrahim, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Majlis penyerahan kunci turut dilaksanakan di antara pihak kontraktor, Pasukan Projek Khas 2 dan seterusnya kepada Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Kedua-dua projek yang diserahkan adalah merupakan sebahagian daripada projek-projek di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diamanahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku Agensi Pelaksana, dan Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) yang telah dipertanggungjawabkan sebagai pelaksana projek.
 
Projek Pembinaan Gantian 12 Bilik Darjah dan Lain-Lain Kemudahan di SMK Lundu, Lundu, Sarawak (Reka & Bina) ini bermula pada 25 April 2022 dan berjaya disiapkan pada 5 September 2024. Projek dilaksanakan melalui kaedah Reka dan Bina dengan kos projek sebanyak RM 23,999,000.00 dengan menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS). Bagi projek ini, komponen IBS adalah melibatkan komponen rasuk, tiang dan lantai.
 
Skop utama projek Pembinaan Gantian 12 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan termasuklah:
  1. Satu (1) blok tiga (3) tingkat Blok Pentadbiran, Akademik dan Makmal beserta bangunan sokongan.
  2. Kemudahan permainan/sukan gelanggang gunasama.
  3. Laluan berbumbung, seni tanaman, arca dan skop kerja luar bangunan.
Manakala bagi Pembinaan Bangunan Tambahan 10 Bilik Darjah Di SMK Padawan, Padawan, Sarawak pula telah bermula pada 17 Mac 2022 dan telah siap sepenuhnya pada 4 Oktober 2024 secara Konvensional Perunding dengan kos projek RM 12,239,530.80.
 
Skop utama projek Pembinaan Bangunan Tambahan 10 Bilik Darjah Di SMK Padawan, Padawan, Sarawak termasuklah pembinaan:
  1. Satu (1) unit Blok Akademik dua (2) tingkat
  2. Ruang Serbaguna Terbuka
  3. Tempat Letak Kenderaan
Projek ini turut mengaplikasikan teknologi IBS dalam pelaksanaannya. Elemen IBS yang digunakan untuk projek ini merangkumi komponen utama iaitu rasuk, tiang dan lantai.
 
Penyerahan Projek ini juga telah berjaya menepati KPI JKR Malaysia sekurang-kurangnya 3 dalam 1 yang merangkumi kriteria berikut:
  1. Sijil Perakuan Kerja Siap (Certificate of Practical Completion, CPC)
  2. Operation & Maintenance (O&M) Manual
  3. Lukisan Siap Terbina (As Built Drawing)
Nilai Tambahan kriteria penyerahan adalah seperti berikut:
  1. Statement of Final Account (SOFA);
  2. Penyerahan kepada Pelanggan dalam tempoh 3 bulan;
  3. Occupational Permit (OP);
  4. Zero Lost Time Injuries (LTI);
  5. Cofee Table Book
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan pelaksanaan projek ini terutamanya YBhg. Dato' Ir. Jasmi Bin Wahab selaku Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2, Cawangan Kerja Pendidikan selaku Head of Planning Team (HOPT), Pasukan Head of Design Team (HODT) serta kontraktor utama; pasukan perunding projek yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan projek ini.
 
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat