Date: Selasa, September 26, 2023

ISNIN, 25 SEPTEMBER 2023 - Majlis Penyerahan Kompleks Dewan Bedah, Icu dan Wad Tambahan Hospital Kuala Lumpur yang telah berlangsung di Perkarangan Bangunan Institut Urologi & Nefrologi (Blok B), Hospital Kuala Lumpur pada 25 September 2023 jam 10.00 pagi.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan melalui upacara menandatangani Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek oleh Ir. Suzzana binti Punari, Pengarah Projek, Pasukan Projek Khas 1 dan Tuan Hj. Zairi bin Mat Ali, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya dan Yang Berhormat Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyerahan replika kunci oleh Tuan Hj. Mohamad Akmal Bin Dato' Johari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ,Johawaki Construction Sdn. Bhd. selaku kontraktor projek ini kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dan seterusnya kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan sebagai simbolik penyerahan bangunan.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, YBhg. Dato' Dr. Asmayani Binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Perubatan) serta wakil dari Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kesihatan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pasukan Kontraktor Johawaki Construction Sdn Bhd.

Projek ini telah bermula pada 02 Februari 2018 dan disiapkan pada 04 Ogos 2023 iaitu 3 hari awal daripada tarikh siap semasa yang dilaksanakan secara Reka dan Bina di bawah kawalselia Pasukan Projek Khas 1, JKR Malaysia. Kos projek keseluruhan adalah RM171 juta telah disiapkan dengan penjimatan kos sebanyak RM 9.0 Juta.

Tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan. Diharapkan pihak kontraktor dapat mengekalkan momentum untuk meneruskan tanggungjawab selama 24 bulan tempoh tanggungan kecacatan berjalan.

Projek ini merupakan sebahagian daripada projek pembangunan semula Hospital Kuala Lumpur yang melibatkan kerja-kerja perobohan bangunan lama dan membina semula Kompleks Dewan Bedah Urologi baharu yang berhubung dengan Blok A Institut Urologi dan Nefrologi.  Bangunan 7 tingkat yang baharu ini turut dilengkapi dengan Unit Hemodialisis, Unit Rawatan Rapi Urologi dan Nefrologi, High Dependency Wad dan Wad Am yang menempatkan sebanyak 252 katil.

Selain itu, sebuah laluan bertingkat sepanjang 133meter yang menghubungkan Bangunan Utama HKL ke Kompleks Pakar dan Rawatan Harian HKL bagi kegunaan membawa pesakit dan kerja-kerja menaiktaraf Pencawang Elektrik 10 (PE 10) turut dilaksanakan di dalam skop pembinaan.

Projek ini juga telah dapat diserahkan dengan memenuhi kriteria 3 dalam 1;

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Lukisan Siap Bina (As built Drawing)
  3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)

Dengan beberapa pencapaian lain:

  1. Penyiapan awal 3 hari dari tarikh siap semasa.
  2. Penjimatan Kos Projek sebanyak RM 9 juta daripada kos asal kontrak.
  3. Mencapai skor 79 peratus dalam penilaian Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan (Qlassic).
  4. Pengiktirafan 4 bintang bagi Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan Dalam Pembinaan (SHASSIC); dan
  5. 1,000,000 man/hours without Lost Time Injury (LTI).

Sebagai agensi Teknikal yang mengawalselia projek-projek Kerajaan, JKR Malaysia telah melaksanakan penyeliaan secara holistik melalui Sistem Kawal dan Lapor (SKALA), Sistem Pemantauan Projek Bergambar (i-Supervision) dan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) JKR yang mematuhi piawaian Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) berkaitan dalam sektor pembinaan.

JKR Malaysia komited untuk melaksanakan projek dengan baik.

#togetherwedeliver

MAJLIS PENYERAHAN KOMPLEKS DEWAN BEDAH, ICU DAN WAD TAMBAHAN HOSPITAL KUALA LUMPUR (REKA & BINA)