Date: Khamis, Julai 22, 2021

22 Julai 2021, Majlis Penyerahan Manual Amalan EKSA Edisi Kedua Ibu Pejabat JKR Malaysia telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia semasa Mesyuarat Pengarah (MP) JKR Malaysia Bil.3/2021 yang diadakan secara dalam talian. Majlis ini berlansung dengan sesi penyerahan Manual EKSA tersebut oleh YBhg. Dato’ KPKR kepada YBhg. Dato’ Ir Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) selaku Penghulu Bangunan bagi Menara Kerja Raya (Blok G) sebagai simbolik penyerahan kepada semua penghulu bangunan di Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Tahun 2021 merupakan tahun pensijilan untuk kesemua bangunan Ibu Pejabat JKR Malaysia daripada pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Sehubungan itu, pihak urusetia mengambil inisiatif untuk mengemaskini Manual Amalan EKSA sedia ada supaya selaras dengan keperluan semasa Ibu Pejabat JKR Malaysia sebagai persediaan untuk menghadapi pensijilan yang akan datang.

Selaras dengan penerbitan Manual Amalan EKSA Edisi Kedua ini adalah menjadi harapan kepada warga kerja untuk memberikan nilai tambah yang efektif dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos operasi sekaligus memudahkan proses kerja yang lebih dinamik dan mutakhir. Kesinambungan ini terserlah bilamana amalan EKSA ini juga berupaya memperkukuhkan Sistem Pengurusan Bersepadu yang sedia ada di jabatan ini yang berasasakan MS ISO 9001, MS ISO 14001, MS ISO 45001 dan MS ISO 50001.

Klik pautan atau mengimbas QR Code yang tertera di bawah untuk muat naik Manual Amalan EKSA Edisi Kedua Terbitan Tahun 2021.

Manual Amalan EKSA Edisi Kedua Terbitan Tahun 2021 (tekan link untuk muat naik);