Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas kepada Ketua Pengarah Kerja Raya telah diadakan secara ringkas di Tingkat 33, Blok G, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Majlis ini dihadiri oleh Mantan Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman dan disambut oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya. Majlis ini merupakan simbolik kesinambungan tugas dalam memacu agenda pembangunan dan infrastruktur Negara seterusnya mengangkat JKR sebagai agensi teknikal utama Negara.
Turut hadir di sesi penyerahan nota serah tugas berkenaan adalah YBrs. Ir. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Sr Amran Bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Dato' Ir. Haji Zulkipli bin Haji Nasri, Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan YBhg. Dato' Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat.
- 3575 bacaan