Date: Rabu, September 25, 2024

Pada 23 September 2024 (Isnin) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Pelupusan Aset Alih Cawangan Kerja Kesihatan secara hadiah kepada Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Pelong, Setiu, Terengganu di  Lobi Aras 23, Menara Kerja Raya (Blok G),  Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Penyerahan barangan 33 unit aset alih komputer riba dan komputer meja ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj Abu Bakar bin Abd Aziz, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Ir. Hj. Sidek bin Rashid, Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset CKK, Cikgu Muhammad Badran Fawwaz bin Mamat, Setiausaha PASPel, Tuan Hj. Ahmad Faizal bin Tajuddeen, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pelong serta wakil guru.

Program pelupusan secara hadiah ini adalah salah satu inisiatif CKK dan PASPel untuk membantu pelajar sekolah dalam memenuhi keperluan pembelajaran yang berasaskan teknologi disamping menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.

Cawangan ini merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan khususnya kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pelong dan wakil daripada alumni PASPel yang hadir untuk memeriahkan majlis ini. Adalah diharapkan kerjasama dan kolaborasi di antara semua pihak yang terlibat dapat diteruskan pada program yang akan datang bagi membolehkan negara dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi untuk menyumbang kepada kemajuan dalam sistem pendidikan dan sosio ekonomi negara.