Date: Khamis, Disember 22, 2022

Majlis penyerahan Projek Pembaikan  Padang Hoki Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Stadium Hoki Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Lembah Pantai, Kuala Lumpur telah diadakan pada 20 Disember 2022 (Selasa) bertempat di Stadium Hoki Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Skop projek ini melibatkan membaiki lapisan padang hoki yang sudah usang dan rosak termasuk menaiktaraf jalan masuk dan kawasan letak kereta serta lain-lain kerja berkaitan dan juga bertujuan untuk mendapat pengiktirafan daripada International Hockey Federation (FIH).

Projek ini turut berjaya disiapkan secara 7 dalam 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 21 Oktober 2022
  2. Statement of Final Account (SOFA)
  3. Penyiapan As-Built Drawing
  4. Zero accident dalam tempoh pembinaan
  5. Dokumen penyerahan
  6. Zero Major Defect
  7. Sijil pengiktirafan oleh Internation Hockey Federation (FIH)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR W.P. Kuala Lumpur, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, PIhak Bersatu Teguh Sdn. Bhd. serta semua pihak serta agensi yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan output kerja yang membanggakan.

Majlis Penyerahan diserikan lagi dengan perlawanan persahabatan hoki di antara Sekolah Sukan Negeri (Kuala Lumpur) dan Sekolah Sukan Negeri (Selangor) sebagai tanda perasmian padang hoki yang baru dinaiktaraf.