Date: Selasa, March 25, 2025

Pada 09 Mac 2025 (Ahad), Majlis Penyerahan Perdana Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah (DSTB) JKR Terengganu telah diadakan di Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung, Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, Jalan Sultan Mohamad, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Dr. Hasli Bin Ibrahim, Pengarah JKR Negeri Terengganu diiringi YBrs. Tuan Haji Jelani bin Sulong, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu; En Rosli Bin Chik, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah; Ketua-Ketua Cawangan, Ketua-Ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah, Pegawai-Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, dan semua pegawai-pegawai yang terlibat di pihak pelanggan, pengguna dan pasukan projek. 

Majlis dimulakan dengan sesi tayangan montaj dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Ir. Dr. Hasli Bin Ibrahim, Pengarah JKR Negeri Terengganu.  Di dalam ucapannya, Tuan Pengarah JKR Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pasukan JKR Negeri Terengganu dan pihak kontraktor yang telah berusaha gigih dalam melaksanakan Projek Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah ini.  Ianya merupakan projek berimpak tinggi dan mempunyai kepentingan besar kepada pembangunan pendidikan di negeri Terengganu. 

Dengan kerjasama dan semangat berpasukan, JKR Terengganu telah berjaya mengiklankan 10 Projek Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah (DSTB) di 8 daerah secara serentak (Perdana) dalam tempoh 33 hari. Dalam tempoh yang singkat ini, segala perancangan, penghasilan reka bentuk yang berkualiti serta pengurusan perolehan sebutharga dengan cekap dan teratur. telah berjaya dilaksanakan. 


JKR Terengganu telah berjaya mencatat 5 rekod pencapaian yang membanggakan dengan:

  1. IKLAN PERDANA daripada 100 projek DSTB Fasa Kedua RMK-12 RP4 JKR MALAYSIA yang mengambil masa hanya 33 hari bagi perancangan, rekabentuk dan perolehan (Iklan);
  2. SST PERDANA projek DSTB Fasa Kedua RMK-12 RP4 JKR Malaysia;
  3. SIAP & SERAH daripada 100 projek DSTB Fasa Kedua RMK-12 RP4 JKR Malaysia (SK Pelong, Setiu, SK Balai Besar, Dungun, SMK Seri Paka dungun);
  4. REKABENTUK JKR TERENGGANU (DSTB) dipilih untuk diangkat menjadi Rekabentuk PAP Siri 3 Edisi 4; dan 
  5. SERAHAN PERDANA projek DSTB Fasa Kedua RMK-12 RP4 JKR Malaysia.

JKR Terengganu juga telah menerapkan 6 Elemen Utama dalam usaha mencapai keberhasilan kerja yang tinggi iaitu:

  • Making Decisions
  • Sense of Urgency
  • Facilitates Others
  • Ease of Doing Business
  • Hand-On Approach
  • Professional Appearance & Conduct

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama Pengurusan Tertinggi Jabatan Kerja Raya Malaysia, Cawangan Kerja Pendidikan, Pejabat Pengarah JKR Negeri Terengganu, semua pasukan projek di JKR Negeri Terengganu dan juga JKR Daerah yang telah memberikan sumbangan terbaik dalam merealisasikan projek ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat