Date: Selasa, Mei 7, 2024

Majlis penyerahan projek siap bagi kerja – kerja menaiktaraf sistem pepasangan elektrik di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) Kampus Kuala Lumpur telah diadakan pada 30 April 2024 (Selasa) bertempat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang berlangsung pada jam 2.30 petang. Majlis telah disempurnakan oleh Ir. Hanizan Binti Shafii selaku Pegawai Penguasa dan Ybrs. En. Mursidi Bin Ahamad Timbalan Pengarah (Pentadbiran) mewakili HCTM selaku pihak pelanggan

Majlis penyerahan turut dihadiri oleh warga kerja dari Jabatan Pembangunan Prasarana Kampus Kuala Lumpur, Pasukan Projek dari Unit Perunding Inspektorat Dan Keselamatan Elektrik (UPIKE), Cawangan Kejuruteraan Elektrik dan kontraktor utama yang terlibat dalam melaksanakan projek ini.

Projek ini telah siap dilaksanakan oleh kontraktor Ikha Ventures Sdn Bhd pada 17 November 2023. Skop kerja Projek ini melibatkan kerja – kerja Menaiktaraf Metal Enclosed Switchgear, Air Circuit Breaker (ACB), Transformer Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Pencawang Elektrik 1, 2, 5, 7 Dan 8, Penggantian Medium Voltage Switchgear Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Stesen Suis Utama (SSU). Membekal Dan Memasang UPS 60 KVA Dan Battery Monitoring Sistem Serta Membekal Dan Memasang IPS System, Bedhead, Pendant Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Wad ICU & NICU.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan projek ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ybrs Ir. Hanizan binti Shaffii sebagai Pegawai Penguasa dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR, Pasukan projek dari UPIKE, CKE serta kontraktor utama yang telah memberikan sepenuh kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada pihak pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.

Semoga dengan penyiapan kerja – kerja menaiktaraf ini akan memberi keselesaan kepada pelawat dan warga HCTM dalam memberikan khidmat fasiliti kesihatan yang terbaik.