Date: Isnin, Mei 23, 2022

Majlis Penyerahan Projek Bagi Kerja-Kerja Pembaikan Dan Menaiktaraf Bangunan Utama Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur (Sayap Kiri) pada 20 Mei 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras Bawah Bangunan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Sayap Kiri, Kuala Lumpur.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Pegawai Penguasa (PP) Dato’ Ir. Haji Norman Bin Haji Md Rabani, Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan di saksikan oleh YBrs. En. Yahaye Bin Sidek, Pengarah Projek,  Jangka Prestasi Sdn Bhd. kepada YBrs. En. Mohd Rashidi Bin Yahaya, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Wakil Pengurus Program iaitu Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) serta Pasukan Pakar dan Rekabentuk JKR (HODT) dan Pasukan Projek JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku pasukan penyeliaan pembinaan.

Projek ini melibatkan kerja pembaikan dan menaiktaraf di bangunan 4 tingkat sediada. Merangkumi 1 Blok Bangunan 4 tingkat di Bangunan Utama Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Sayap Kiri, Skop kerja terdiri daripada meroboh struktur sediada, membina struktur baru pada unit patologi berkaitan, kerja-kerja pembaikan struktur sediada, kerja-kerja elektrikal dan juga kerja-kerja mekanikal. Projek ini dilaksanakan secara konvensional dalaman.

Kontraktor yang dilantik melalui lantikan terus adalah Jangka Prestasi Sdn. Bhd. dengan harga kontrak asal sebanyak RM 9,068,300.00.

Projek ini yang telah disiapkan dengan jayanya pada 17 November 2021. Projek ini berjaya disiapkan secara 3 dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 17 November 2021;
  2. Penyiapan As-Built Drawing dan Operation & Maintenance Manual
  3. Statement of Final Account (SOFA)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya.