Date: Isnin, November 11, 2024
Majlis Penyerahan Projek bagi Projek Pembinaan Fasa Kedua Institut Kemahiran Islam Sarawak  (IKMAS 2) telah berlangsung pada 09 November 2024 (Sabtu) bertempat di Auditorium IKMAS, Telaga Air, Kuching, Sarawak.
 
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Jasmi Bin Wahab selaku Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 dan YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Operasi (TKPO) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
 
Majlis Penyerahan Projek turut disaksikan oleh YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya; YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan); YBhg. Dato’ YBhg. Dato' Haji Zamani Ahmad Bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah Jakim (Pembangunan); Encik Muhamad Fade'li Bin Abdul Shukor, Setiausaha Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri dan Ustaz Abdul Malek Ghazali, Timbalan Pengarah Institut Kemahiran Islam Sarawak
 
Hadir sama menyaksikan majlis ini adalah Ar. Ismail Bin Ali, Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA1) – HOPT; Ustaz Hamdan Bin Jar'ee, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak; wakil dari HODT; Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan dan wakil dari Jabatan-Jabatan lain.
 
Antara pengisian majlis adalah upacara simbolik penyerahan projek, iaitu sesi menandatangani Dokumen Penyerahan oleh YBhg. Dato’ Ir. Jasmi Bin Wahab, Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 bersama En. Abang Zulkarnain Bin Abang Alwi selaku Pengarah Urusan Azan Engineering Sdn.Bhd dan seterusnya menandatangai Dokumen Penyerahan Projek bersama YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail , Timbalan Ketua Pengarah Operasi (TKPO) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Majlis penyerahan kunci turut dilaksanakan di antara pihak kontraktor, Pasukan Projek Khas 2 dan seterusnya kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
 
Pembinaan IKMAS Fasa 2 ini telah dipertanggungjawabkan kepada Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) JKR Malaysia pada tahun 2021 dan dilaksanakan secara Konvensional (Perunding). Pembinaan IKMAS Fasa 2 termasuk dalam Rolling Plan 3, RMK-11 yang terletak di kawasan Telaga Air seluas 2.4 ekar. Objek projek adalah untuk menyediakan fasiliti tambahan seperti berikut:
 
  • Satu (1) Blok Akademik 2 tingkat;
  • Dua (2) Blok Asrama Siswi 4 tingkat bagi menampung kapasiti 250 orang pelajar;
  • Masjid berkapasiti 700 jemaah;
  • Bangunan Mekanikal dan Elektrikal;
  • Menara Tangki Air berkapasiti 40,000 gallons;
  • Mengubahsuai bangunan surau lama kepada perpustakaan;
  • Jalan raya dengan kemudahan parkir bagi 118 kereta dan 233 motosikal - termasuk satu (1) bas serta gelanggang sukan seperti tennis dan sepak takraw.
 
Penyerahan Projek ini juga telah menepati KPI JKR Malaysia sekurang-kurangnya 3 dalam 1 yang merangkumi kriteria berikut:
  1. Sijil Perakuan Kerja Siap (Certificate of Practical Completion, CPC)
  2. Statement of Final Account (SOFA)
  3. Lukisan Siap Terbina (As Built Drawing)
Nilai Tambahan kriteria penyerahan adalah seperti berikut:
  1. Operation & Maintenance (O&M) Manual;
  2. Penyerahan kepada Pelanggan dalam tempoh 3 bulan;
  3. Occupational Permit (OP);
  4. Zero Lost Time Injuries (LTI);
  5. Cofee Table Book
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan pelaksanaan projek ini terutamanya YBhg. Dato' Ir. Jasmi Bin Wahab selaku Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2, Cawangan Kejuruteraan Bangunan Am 1 selaku Head of Planning Team (HOPT), Pasukan Head of Design Team (HODT) serta kontraktor utama; sub kontraktor dinamakan (NSC), pasukan perunding projek yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan projek ini.
 
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat