Date: Sabtu, Oktober 10, 2020

Majlis penyerahan projek kepada pelanggan bagi projek Pusat Latihan Pertahanan Awam Kluang (Fasa 2), Kluang, Johor yang telah diadakan pada 06 Oktober 2020 (Selasa), jam 9.30 pagi bertempat di Auditorium Blok Latihan  Pusat Latihan Pertahanan Awam Kluang, Johor. Majlis penyerahan ini telah dilaksanakan YBrs. Ir Hj Mohd Said Bin Sidik, Pengarah JKR Negeri Johor dan YBhg. Dato’ Mohd Sallehhuddin Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri(JPM).

Majlis penyerahan yang penuh bermakna ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Ir. Razdwan Bin Kasim, Tmbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) YAS KPj. (PA) Datuk Roslan Bin Wahab, Ketua Pesuruhjaya,Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, YBrs. Ir. Hj Dzarif Bin Yaacob, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan, YBrs. Ir. Hj Alias Bin Mohd Zin, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Persekutuan Negeri Johor, YBrs. Sr. Hj. Zainal Abidin Bin Hj. Ali, Pengarah Urusan, Qse Construction Sdn. Bhd.,Pegawai-Pegawai Kanan JKR dan Pegawai-Pegawai dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Projek Pusat Latihan Pertahanan Awam Kluang (Fasa 2), Kluang, Johor merupakan salah satu projek Kerajaan Persekutuan di mana pembiayaan projek ini diturunkan melalui Jabatan Perdana Menteri (JPM). Projek ini dilaksanakan secara Konvensional Dalaman dengan kaedah perolehan Tender Terbuka. Pengurus Program adalah Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) manakala Pegawai Penguasa Projek adalah Pengarah JKR Negeri Johor.

Kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan projek ini adalah QSE Construction Sdn. Bhd. dengan kos kontrak semasa sebanyak RM 44,254,239.01. Tarikh milik tapak bagi projek ini ialah pada 13 Oktober 2017 dan kerja-kerja mengikut syarat-syarat kontrak telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 9 September 2020.

Skop utama projek ini adalah:

A) Blok utama yang mengandungi:

1. 1 Blok Latihan 3 Tingkat (Kaedah IBS) 

2. 1 Blok Dewan Perhimpunan (Kaedah IBS)

3. 1 Blok Asrama Lelaki 3 Tingkat (Kaedah IBS)

4. 1 Blok Asrama Perempuan 2 Tingkat (Kaedah IBS)

5. 1 Blok Dewan Makan (Kaedah IBS)

6. Surau 

7. Kolam Latihan

8. 1 Blok Astaka

9. Menara Latihan 6 Tingkat

10. Confined Space

 

B) Blok sokongan yang terdiri daripada:

1. Blok Pencawang TNB

2. Pondok Pengawal

3. Rumah Sampah

4. Tangki Air Junjung

5. Sewerage Treatment Plant

6. Kolam Tadahan

 

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 12 dalam 1 merangkumi;

1. Perakuan Siap Kerja

2. Lukisan Siap Bina

3. Penyata Akaun Muktamad

4. Operation & Manual (O&M)

5. Siap Awal Dari Jadual – 6 Hari Awal

6. Penjimatan Kos Sebanyak Rm 5,046,565.09

7. Pengiktirafan SHASSIC Oleh CIDB

8. Kemasan Mutu Kerja Mengikut Kualiti Q-Lasic CIDB

9. Berjaya Mendapatkan Sijil Bomba ( Fire Certificate ) Sebelum CPC

10. Sifar Kemalangan Di Tapak bina - 500,554 Jam

11. Penggunaan Longkang Mesra Alam (Bio Ecological System Drainage )

12. Perlaksanaan Amalan Lestari Go Green Di Tapak Bina

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Persekuatuan Negeri Johor, Wakil Pegawai Penguasa Pakar (WPP Pakar) JKR Johor, Bahagian Pengurusan projek 1, Cawangan Kerja Keselamatan selaku HOPT, barisan pakar HODT Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kontraktor QSE Construction Sdn. Bhd, Sub-kontraktor serta semua pihak dan agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.