Date: Rabu, Julai 26, 2017

Majlis Penyerahan Projek Bangunan Empat (4) Tingkat di tapak JKR 3274-1 dan JKR 3274-2, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, Kuala Lumpur telah diadakan pada 17 Julai 2017.

Majlis menandatangani sijil penyerahan projek dan penyerahan kunci di antara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kerja Raya ini disempurnakan bersama oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis, YBhg. Dato’ Ramli Bin Hassan, Timbalan KPKR (Sektor Infra) YBhg. Dato’ Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman serta kontraktor utama projek tersebut, Kumpulan JOHAWAKI Sdn. Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif. Majlis disaksikan oleh YBrs. Che Aziz Bin Derasid, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan dan YBrs. Ir. Hanan Bin Hj Elias , Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penyerahan Projek Bangunan Empat (4) Tingkat di tapak JKR 3274-1 dan JKR 3274-2, Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur ini merupakan satu lagi kesinambungan pencapaian pembangunan projek-projek di jabatan ini dalam usaha untuk menyediakan keperluan ruang pejabat kepada warga PDRM iaitu dalam rangka kerja untuk memberi kemudahan dan keselesaan yang mana matlamat akhirnya ialah outcome dan output kerja serta perkhidmatan yang lebih berkualiti dan inovatif dapat dihasilkan. Projek ini berjaya diserah kepada pihak pelanggan secara 3 in 1 iaitu :-

1. Certificate Practical Completion (CPC)

2. As-Built Drawing dan Operation Manual & Maintenance (OMM)

3. Statement of Final Account (SOFA)

Setinggi-tinggi penghargaan perlu dizahirkan kepada pihak PDRM, JKR, dan juga pihak Kontraktor serta semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan pelaksanaan bangunan empat (4) tingkat di tapak JKR 3274-1 dan JKR 3274-2, Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.