Date: Khamis, Julai 4, 2019

Majlis Penyerahan PROJEK BANGUNAN TAMBAHAN 4 TINGKAT DAN KERJA UBAHSUAI DALAMAN BANGUNAN SEDIA ADA PUSAT DARAH NEGARA (PDN) telah disempurnakan pada 20  JUN  2019 (Khamis), bertempat di Pusat Darah Negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penyerahan CPC projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir Mohamad Zaini Bin Bakar, sebagai wakil Pengarah, JKR WP/KL kepada YBhg. Dato’ Ramlan Bin Harun, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Turut menyerikan majlis ini adalah YBrs. Dr Maarof Bin Sudin, Timbalan Pengarah, Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YBrs. Dr Suriana Aishah Binti Zainal, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan, KKM, YBrs. Dr Noryati Binti Abu Amin, Pengarah, Pusat Darah Negara (PDN), YBrs. En. Nor Zamri Bin Abdul Rahim, Pengarah Urusan, Zafa Bina Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama serta Pegawai-Pegawai Kanan daripada JKR, KKM dan PDN.

Projek ini adalah merupakan sebahagian Program Fraksinasi Kebangsaan iaitu kerja-kerja menaiktaraf 22 pusat pengumpulan darah untuk memenuhi keperluan dan kehendak menyediakan plasma darah yang berkualiti bagi tujuan perubatan. Tapak projek ini asalnya adalah kawasan landskap bersebelahan dengan bangunan sedia ada Pusat Darah Negara. Ciri unik projek bangunan tambahan empat (4) tingkat ini adalah berbentuk segitiga dengan keluasan 1000 meter per segi dan dihubungkan melalui empat (4) jambatan-pautan ataupun link-bridge terus kepada bangunan sedia ada Pusat Darah Negara.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Pengarah, Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) selaku Pengurus Program dan Pasukan Projek iaitu JKR WP/KL juga HODT-HODT yang berjaya menyiapkan projek ini serta menyerahkan Sijil Perakuan Siap Kerja kepada Kontraktor pada 20 Jun 2019. Kerjasama ini telah mencapai kejayaan yang sungguh membanggakan.

Tahniah dan Syabas juga kepada pihak Kontraktor, Zafa Bina Sdn. Bhd., pasukan perunding dan sub-kontraktor yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan hasil kerja yang berkualiti serta berjaya memenuhi kriteria siap ENAM (6) DALAM SATU (1) iaitu;
 

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion, CPC) beserta CCC;
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawings);
  3. Penyata Akaun Muktamad (Statement of Final Account, SOFA);
  4. Zero Major Defects - Tiada kecacatan yang besar;
  5. Lost Time Injuries (LTI) - tiada kemalangan besar sepanjang 19,560 jam bekerja;
  6. Penjimatan Kos Kontrak sebanyak 3.7% yang memberi kelebihan kepada pelanggan untuk membuat pembelian tambahan peralatan perubatan ke atas baki siling projek;
     

Pihak pelanggan amat berpuas hati dengan kualiti pembinaan bagi projek ini dan berharap agar kerjasama baik di antara JKR dan KKM dapat diteruskan bukan sahaja semasa tempoh tanggungan kecacatan untuk projek ini tetapi juga untuk projek-projek pembinaan yang akan datang.