Date: Khamis, Julai 6, 2023

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK CADANGAN KERJA – KERJA PEMBAIKAN MENDAPAN TANAH & BAIKPULIH KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI INSTITUSI KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) BANTING, KUALA LANGAT telah dilaksanakan pada 5 Julai 2023 (Rabu) bertempat di Bilik Seminar CIAST, IKBN Kuala Langat.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hanif Bin Latif, Jurutera Daerah JKR Kuala Langat selaku Pegawai Penguasa projek kepada YBrs. Ts. Dr. Puteh Melor Wesma Binti Salehen, Pengarah IKBN Kuala Langat dan disaksikan oleh YBrs. Ts. Dr. Loke Kok Fong, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia & Sukan, Putrajaya. Sesi penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai daripada HOPT Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor, Pasukan Pejabat Selia Tapak (JKR Kuala Langat), Pasukan Kontraktor serta Kakitangan IKBN Kuala Langat.

Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Konvesional Dalaman. Pengurus Program adalah Jurutera Awam Penguasa Bangunan, Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor manakala Pegawai Penguasa adalah Jurutera Daerah JKR Kuala Langat. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor MRS Tanjung Bina (M) Sdn Bhd.

Pembinaan projek ini bermula pada 25 April 2022 dan BERJAYA disiapkan pada tarikh siap seperti yang telah dirancang pada 9 April 2023. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan. Skop kerja bagi projek ini melibatkan kerja – kerja membaikpulih apron terampai (suspended) dan tidak terampai (non-suspended) mengunakan light weight block, longkang perimeter dan ramp konkrit di Zon A (Blok Multimedia), Zon B (Blok Akademik), Zon C (Blok Pentadbiran), & Zon D (Blok Pusat Sumber), Dewan Serbaguna, Dewan Makan, Semua Blok Asrama, Surau, Kuarters C,D,E & G, Kafeteria dan TNB Sub Station. Selain itu , terdapat kerja – kerja premix, baikpulih interlocking paver block, baikpulih gutter & rain water downpipe.

Sekali lagi diucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada pihak Pelanggan, Kementerian Belia & Sukan, Pasukan Projek JKR Daerah Kuala Langat selaku Pegawai Penguasa, pihak CSFB Ibu Pejabat JKR Malayisa,HOPT Bahagian Bangunan JKR Selangor, pihak kontraktor MRS Tanjung Bina (M) Sdn Bhd dan  pihak IKBN Kuala Langat yang terlibat kerana telah BERJAYA menyiapkan projek ini.