Date: Jumaat, Julai 7, 2023

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK CADANGAN KERJA – KERJA PEMBAIKAN MENDAPAN TANAH & BAIKPULIH KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI POLITEKNIK BANTING, SELANGOR telah dilaksanakan pada 6 Julai 2023 (Khamis) bertempat di Hangar, Politeknik Banting, Selangor.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hanif Bin Latif, Jurutera Daerah JKR Kuala Langat selaku Pegawai Penguasa projek kepada YBrs. Tuan A. Azman Bin Arshad, Pengarah Bahagian Perancangan Program Dan Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi dan disaksikan oleh YBrs. Ts. Zainah Binti Rujihan, Pengarah Politeknik Banting. Sesi penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai daripada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR Malaysia, HOPT JKR Negeri Selangor, Pasukan Pejabat Selia Tapak (JKR Kuala Langat), Pasukan Kontraktor serta Kakitangan Politeknik Banting.

Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Konvesional Dalaman. Pengurus Program adalah Jurutera Awam Penguasa Bangunan, Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor manakala Pegawai Penguasa adalah Jurutera Daerah JKR Kuala Langat. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor Aza Venture Sdn Bhd.

Pembinaan projek ini bermula pada 1 November 2021 dan BERJAYA disiapkan pada tarikh siap seperti yang telah dirancang pada 1 Mei 2023. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan. Skop kerja bagi projek ini melibatkan kerja – kerja membaikpulih apron terampai (suspended) dan tidak terampai (non-suspended) mengunakan light weight block, longkang perimeter, ramp konkrit, gutter & rainwater downpipe di Blok Pentadbiran, Blok Perpustakaan, Kompleks Akademik, Student Centre, ICT Centre, Math & Science Lecture Centre, Planning & Maintenance Unit, STP, Blok Hangar, Blok Kantin A & B, Pump House, Refuse Chamber, TNB Sub Station & Main Fencing. Selain itu , terdapat kerja – kerja pembaikan Surau, pembaikan jalan dan kerja – kerja pemeriksaan underground pipe & sewerage line.

Sekali lagi diucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada pihak Pelanggan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Pasukan Projek JKR Daerah Kuala Langat selaku Pegawai Penguasa, pihak CSFB Ibu Pejabat JKR Malayisa,HOPT Bahagian Bangunan JKR Selangor, pihak kontraktor Aza Venture Sdn Bhd dan  pihak Politeknik Banting yang terlibat kerana telah BERJAYA menyiapkan projek ini.