Date: Selasa, March 14, 2023

Majlis Penyerahan Projek Cadangan Kerja Konservasi Bangunan Warisan – Muzium Setem telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Januari 2023 (Rabu) bertempat di tapak projek Muzium Setem. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Pengarah Kerja Raya Negeri Melaka selaku Pegawai Penguasa Projek bersama-sama Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM YBhg. Datuk Akramuddin bin Ab. Aziz dan YBrs. Drs. Mohd Nasruddin bin Rahman, Pengurus Besar PERZIM selaku wakil kepada pihak pelanggan.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (TSUK- Pembangunan) En. Badaruddin bin Mohd Kassim, En Suhaili bin Othman wakil Pegawai Penguasa Utama (Bahagian Arkitek), Konservator JKR iaitu YBrs. Dr. Mohd Sabere bin Sulaiman, Konservator Kontraktor iaitu Hj Shaari bin Mat Saod, wakil dari semua Pasukan Pegawai Penguasa dan Rekabentuk (WPP dan HODT) dan pihak kontraktor utama  iaitu Sakato Construction & Renovation Sdn Bhd.

Projek ini ini merupakan pelaksanaan projek konservasi secara in-house yang pertama oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka.

Secara Ringkasnya, skop kerja yang terlibat bagi projek ini adalah kerja konservasi blok utama dan sebahagian blok sokongan bangunan Muzium Setem yang merangkumi:

  • Bumbung
  • Dinding
  • Lantai
  • Pintu dan tingkap
  • Kerja-kerja infra (longkang)
  • Kerja Mekanikal & elektrikal

 

Kos kontrak yang telah dilaksanakan dengan milik tapak pada 11 Januari 2021 dan tarikh siap sebenar adalah pada 29 Disember 2022. Penyiapan projek ini lebih awal adalah merupakan penanda aras bagi pencapaian pembangunan projek konservasi di JKR Melaka dalam usaha untuk membuktikan bahawa JKR juga versatil dan pakar dalam menyediakan keperluan bukan sahaja infrastruktur malahan konservasi bangunan warisan kepada jabatan kerajaan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah JKR Melaka selaku Pegawai Penguasa Projek, JKR Negeri Melaka, Ketua Pasukan Projek (HOPT), semua Bahagian Rekabentuk (HODT), Pasukan Penyeliaan Tapak Bina JKR Melaka, Kerajaan Negeri Melaka, PERZIM, kontraktor seterusnya semua pihak yang telah berusaha gigih dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiapan projek ini.