Date: Isnin, Julai 3, 2023

Majlis Penyerahan Projek Cadangan Menyiapkan Baki Kerja Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - Pembinaan Fakulti Teknologi Kejuruteraan telah berlangsung dengan jayanya pada 7hb Jun 2023 (Rabu) bertempat di tapak projek UTeM. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Ahmad Rizal Bin Adnan TKP Pendidikan Tinggi, YBrs. Dato' Dr. Husaini Bin Omar Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBrs. Prof. Ts. Dr. Masilla Binti Kamarudin Naib Canselor UTeM, Datuk Ir. Ismail Bin Abd. Rahman Pengarah Kerja Raya Negeri Melaka selaku Pegawai Penguasa Projek dan Ir. Azman Bin Ismail Wakil Pegawai Penguasa Projek (PPPN).

Majlis juga turut diserikan lagi dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan UTeM, wakil dari semua Pasukan Pegawai Penguasa dan Rekabentuk (WPP dan HODT), Semua Perunding Projek dan kontraktor utama iaitu Pembinaan Pulau Sebang Sdn. Bhd.

Projek ini dilaksanakan secara konvensional (perunding). Secara Ringkasnya, skop kerja yang terlibat bagi projek ini adalah Menyiapkan Baki Kerja yang merangkumi Blok Pentadbiran Dan Akademik, Makmal Penyejukan, Makmal Automotif, Makmal Penyelenggaraan, Kerja Luar Bangunan (Civil), Kerja Mekanikal, Elektrikal Dan ICT.

Kos kontrak yang telah dilaksanakan dengan milik tapak pada 1hb. Jun 2020 dan tarikh siap sebenar adalah pada 05hb. Mei 2023. Projek ini telah disiapkan dan diserahkan secara 3 in 1 iaitu CPC, SOFA dan As-built drawing.

Penyiapan projek ini adalah merupakan satu lagi kesinambungan pencapaian pembangunan projek-projek di JKR Melaka dalam usaha untuk menyediakan keperluan infrastruktur kepada Jabatan Kerajaan. Penyerahan Projek ini juga dapat memberikan keselesaan kepada pada pendidikan dan pelajar UTeM dalam menjalani sesi pembelajaran yang lebih kondusif.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah JKR Melaka selaku Pegawai Penguasa Projek, JKR Negeri Melaka, PPPN, HODT, perunding projek, JKR Melaka, UTeM, PPSSB dan semua pihak yang telah berusaha dengan gigih dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiapan projek ini.