Date: Rabu, Oktober 23, 2024

Majlis Penyerahan Projek bagi Projek Cadangan Pembinaan Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Miri, Sarawak telah berlangsung pada 20 Oktober 2024 (Ahad) bertempat di Dewan Serbaguna Bangunan Pentadbiran APMM Miri, Sarawak.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Jasmi Bin Wahab selaku Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 dan Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim selaku Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Majlis Penyerahan Projek telah disaksikan oleh YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya; YBhg. Dato’ Zahrul Hakim Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan); YBhg. Dato’ Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya; Ir. Mohd Shahrom Bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra); Laksamana Pertama (M) Kamal Ariffin Bin Jusoh Yahya, Pengarah Maritim Negeri Sarawak dan Laksamana Pertama (M) Zulinda Binti Haji Ramly, Pengarah Bahagian Pembangunan APMM. Juga turut hadir bagi menyaksikan majlis ini adalah Ir. Waznah binti Abdul Aziz, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP); Ir. Mohd Zambri bin Abdullah selaku Head Of Planning Team-CKIP ; Ir Wong Thian Chiun, CKIP-HODT; wakil dari Majlis Bandaraya Miri, Pejabat Residen Bahagian Miri, ICU Bahagian Miri dan wakil dari Jabatan-Jabatan lain.

Majlis kemudian diteruskan dengan upacara simbolik penyerahan projek, iaitu sesi menandatangani Dokumen Penyerahan oleh YBhg. Dato’ Ir. Jasmi Bin Wahab, Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 bersama En.Kaon anak Sinel selaku Pengarah Urusan Bangkit Energy & Pro Logistic (EM) Sdn.Bhd dan seterusnya menandatangai Dokumen Penyerahan Projek bersama Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. 

Majlis penyerahan kunci turut dilaksanakan di antara pihak kontraktor, Pasukan Projek Khas 2 dan seterusnya kepada Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Pembinaan Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ini termasuk dalam RMKe-11 dengan kos kontrak bernilai RM118.28 juta dan terletak di kawasan seluas 6.25 ekar. Bangunan APMM Miri ini direka bentuk dengan kapisiti 95 unit kediaman dengan 80 unit kelas F dan 15 unit kelas D, lengkap dengan bilik tidur, bilik mandi, dapur dan ruang tamu. Bagi Bangunan pentadbiran pula, ia dilengkapi dengan bilik Pengarah, Bilik Timbalan Pengarah, Dewan Serbaguna, Gimnasium, Lokap dan juga Surau. Turut dibina ialah sebanyak 179 tempat letak kenderaan, 79 tempat letak motosikal dan lain-lain kemudahan berkaitan.

Projek ini juga telah Berjaya disiapkan dengan pencapaian 3 dalam 1 yang merangkumi kriteria berikut:
  1. Sijil Perakuan Kerja Siap (Certificate of Practical Completion, CPC)
  2. Statement of Final Account (SOFA)
  3. Lukisan Siap Terbina (As Built Drawing)

Pencapaian lain-lain adalah seperti berikut:

  1. MyCrest dua (2) bintang untuk Bangunan Kuarters dan Surau
  2. MyCrest tiga (3) bintang untuk Bangunan Pentadbiran
  3. Occupational Permit (OP)
  4. Coffee Table Book

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan pelaksanaan projek ini terutamanya YBhg. Ir. Jasmi Bin Wahab selaku Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan selaku Head of Planning Team (HOPT), Pasukan Head of Design Team (HODT) serta kontraktor utama yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat