Date: Isnin, March 16, 2020

Majlis Penyerahan Projek Cadangan Pembinaan Semula Giatmara Wilayah Persekutuan Labuan telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mac 2020 (Jumaat) bertempat di Bilik Kuliah Giatmara, Wilayah Persekutuan Labuan. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Hj. Mohd Yusoff bin Othman, Pengurus Program (wakil Pengarah CKBA2 IPJKR Malaysia) kepada YBrs. Suhaimi bin Zainuddin, Pengarah Mara Negeri Sabah. Majlis ini juga dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Mara, Giatmara dan Ibu Pejabat JKR Malaysia & JKR Wilayah Persekutuan Labuan serta kontraktor & kontraktor dinamakan.

Projek Cadangan Pembinaan Semula Giatmara Wilayah Persekutuan Labuan ini mula dibina pada 25 Ogos 2016 dan telah disiapkan pada 27 Februari 2020 yang lepas dengan kos RM 11,615,903.30 dengan penjimatan RM 229,023.40.

Pelaksanaan pembinaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman

Pembinaan pusat Giatmara ini melibatkan pembinaan yang dilengkapi dengan beberapa komponen utama iaitu:-

  1. 1 Blok 2 Tingkat Blok Pentadbiran;
  2. 1 Blok 1 Tingkat Bengkel Kimpalan;
  3. 1 Blok 1 Tingkat Bengkel Elektrik;
  4. 1 Blok 1 Tingkat Transit
  5. 1 Blok 1 Tingkat Inkubator
  6. Surau
  7. Rumah Contoh
  8. Kemudahan Sokongan seperti:
  1. Pemasangan pagar
  2. Rumah Sampah
  3. Pencawang SESB
  4. Loji Kumbahan SSTS
  5. Bekalan Air & Hydrant

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 3 dalam 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 27 Februari 2020;
  2. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA); dan
  3. Penyiapan As Built Drawing dan Operation & Maintenance Manual

Matlamat utama pembinaan Giatmara ini adalah untuk menyediakan ruang dan kemudahan tambahan kepada pelatih-pelatih kemahiran dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah yang dapat memberi persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa kepada pengajar dan pelatih.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cawangan Kerja Bangunan Am 2, HODT, JKR Wilayah Persekutuan Labuan, pihak kontraktor utama iaitu Infolada Engineering (M) Sdn Bhd. dan semua pihak pihak yang terlibat dalam memastikan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Berita oleh:
Bahagian Bangunan
JKR WP Labuan