Date: Rabu, Ogos 28, 2024
Majlis Penyerahan projek Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir,Hulu Langat, Selangor telah diadakan pada 22 Ogos 2024 (Khamis) bertempat di Bangunan Baru(Blok Brainova), Sekolah Kebangsaaan Rinching Hilir,Hulu Langat,Selangor.
Penyerahan projek telah disempurnakan oleh wakil Pengarah JKR Negeri Selangor, iaitu YBrs.Ir. Mohd Zawawi bin Zakaria, Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor kepada YBrs. Puan Noriyah binti Kandar, Timbalan Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis turut diserikan dengan kehadiran En.Eruan bin Abi ,Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan,KPM , YBrs. Tn.Hj. Azhar bin A Kadir,Timbalan Ketua Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Balamurugan A/L A Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan (CKP), YBrs. Ir. Ts.Mohd Zamri bin Mohamad,Jurutera Daerah Hulu Langat dan seluruh pasukan projek yang terlibat.
Pembinaan projek ini sebagai simbolik kejayaan semua pihak yang terlibat dalam usaha menyediakan fasiliti pembelajaran yang kondusif dan selesa demi kesejahteraan rakyat dengan mencapai kejayaan 10 dalam 1:
* CPC Sebelum Tarikh Siap Asal Projek (Awal 5 Bulan)
* Siap Tanpa Lanjutan Masa (EOT)
* Penyerahan Kepada Pelanggan Dalam Tempoh Kurang 3 Bulan Selepas CPC (Tarikh CPC adalah Tarikh serahan kepada pelanggan)
* Penyiapan As-built Drawing
* Penyediaan SOFA
* Pencapaian Cemerlang Prestasi Kontraktor
* Digital Coffee Table Book
* Operation & Maintenance (0&M) Manual
* Tiada Kemalangan Serta Jangkitan Covid-19 Sepanjang Tempoh Kontrak.
* Tiada NCR
Jutaan terima kasih di atas pencapaian yang membanggakan diucapkan kepada pasukan Jurutera Daerah Hulu Langat selaku Pengurus Projek, JKR Selangor, HOPT BPP5 CKP, semua HODT dan Faqua Build Sdn.Bhd.,kontraktor projek di atas komitmen dan dedikasi di dalam memastikan penyiapan projek.
- 428 bacaan