13 Februari 2025 – Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Daif Selangor (2023) - Pembinaan Semula Bangunan Daif Prasekolah Di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor (BBA4001) telah diadakan di Bangunan Prasekolah SK Sg Serai.
Majlis disempurnakan dengan kehadiran Dr. Jafri Bin Abu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor; Tuan Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria, Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor; Tuan Ar. Tuan Rozahan Bin Aboo Bakar, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia; Puan Rahayu binti Ahmad, Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat dan Ir. Ts. Mohd Zamri Bin Mohamud, Jurutera Daerah, JKR Hulu Langat.
Pegawai Penguasa (SO) bagi projek ini adalah Ir. Ts. Mohd Zamri Bin Mohamud, Jurutera Daerah, JKR Hulu Langat dan Pn Nurul Ilyani Binti Ruslan sebagai Wakil Pegawai Penguasa Utama.
Projek ini telah bermula pada 20 Disember 2023 dan tarikh siap asal adalah 18 Februari 2025. Projek ini dilaksanakan secara konvensional (dalaman). Namun, kontraktor telah berjaya menyiapkan projek ini pada 04 Februari 2025. Pejabat JKR Daerah Hulu Langat, Selangor telah dipertanggungjawabkan sebagai Pegawai Penguasa bagi projek ini sekaligus menyelia dan memantau aktiviti di tapak bina.
Skop projek ini adalah kerja-kerja meroboh bangunan daif sediada, membina 2 tingkat bangunan prasekolah, kerja-kerja infrastruktur seperti kerja jalan.
Secara keseluruhannya, projek ini dapat disiapkan secara 7 dalam 1 iaitu :-
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
- Penyerahan Kepada Pelanggan Dalam Tempoh Kurang 1 Bulan Selepas CPC
- Statement of Final Account (SOFA)
- Lukisan Siap Bina (As-built Drawing)
- Penyediaan Coffee Table Book (Digital)
- Operation & Maintenance (O&M) Manual
- Tiada Kemalangan Sepanjang Tempoh Kontrak
Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor terlibat yang telah menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada HOPT/ HODT di IbuPejabat JKR Malaysia dan JKR Daerah Hulu Langat yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini.
Link utk Coffee Table Book Digital : https://heyzine.com/flip-book/a1185af607.html (link is external)
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 581 bacaan