Date: Selasa, Januari 16, 2024

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK GANTIAN PENUH 2 BILIK DARJAH PRA SEKOLAH DI SK KEBUN BAHARU, TELOK PANGLIMA GARANG, KUALA LANGAT, SELANGOR telah dilaksanakan pada 15 Januari 2024 (Isnin) bertempat di SK Kebun Baharu, Kuala Langat, Selangor.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hanif Bin Latif, Jurutera Daerah JKR Kuala Langat selaku Pegawai Penguasa projek kepada YBrs. Dr. Abd Khalik Khassunah Bin Muzir , Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan disaksikan oleh YBrs. Abdul Hamid Bin Abdul Majid, Timbalan PPD Sektor Perancangan, PPD Kuala Langat dan YBrs. Noor Faiz bin Dasuki, Guru Besar SK Kebun Baharu. Sesi penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai daripada JKR Selangor, Caw. Kerja Pendidikan JKR Malaysia, Pasukan Pejabat Selia Tapak (JKR Kuala Langat), Pasukan Kontraktor serta warga pendidikan SK Kebun Baharu.

Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Konvesional Dalaman. Pengurus Program adalah Jurutera Awam Penguasa Bangunan, Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor manakala Pegawai Penguasa adalah Jurutera Daerah JKR Kuala Langat. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor Farrago Enterprise Sdn Bhd.

Pembinaan projek ini bermula pada 1 Februari 2021 dan BERJAYA disiapkan pada 29 Disember 2023. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan. Skop kerja bagi projek ini melibatkan kerja – kerja meroboh 1 blok bangunan dan seterusnya kerja-kerja membina 1 blok bangunan 2 bilik darjah pra sekolah, rumah pam/menara tangki, ruang permainan terbuka dan laluan berbumbung.

Sekali lagi diucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada pihak Pelanggan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pasukan Projek JKR Daerah Kuala Langat selaku Pegawai Penguasa, HOPT Bahagian Bangunan JKR Selangor, pihak kontraktor Farrago Enterprise Sdn Bhd dan  pihak SK kebun Baharu yang terlibat kerana telah BERJAYA menyiapkan projek ini.