Majlis penyerahan bagi dua (2) projek hospital yang dilaksanakan oleh JKR di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada 21 November 2024 (Khamis) secara serentak iaitu Projek Pembinaan Hospital Seri Iskandar dan Blok Tambahan Hospital Seri Manjung, Perak. Majlis penyerahan bagi kedua-dua projek ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya
Rekabentuk bagi Projek Hospital Seri Iskandar dilaksanakan sepenuhnya secara Konvensional Dalaman menggunapakai piawaian Pre-Approved Plan (PAP) di bawah seliaan sepenuhnya oleh Pengarah Pasukan Projek Khas 1 selaku Pegawai Penguasa. Manakala bagi projek Blok Tambahan Hospital Seri Manjung rekabentuknya adalah secara Reka & Bina.
Projek Hospital Seri Iskandar telah berjaya disiapkan dalam tempoh kontrak asal iaitu pada 28hb Oktober 2024 tanpa sebarang tambahan masa. Manakala Projek Blok Tambahan Hospital Seri Manjung telah berjaya disiapkan dalam tempoh kontrak dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan pada 20hb Ogos 2024 dan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 27hb Ogos 2024.
Berkat semangat kerja berpasukan dan komitmen semua pihak, projek Hospital Seri Iskandar dan Blok Tambahan Hospital Seri Manjung ini telah berjaya disiapkan dengan menepati KPI JKR Malaysia secara 3 dalam 1 yang turut merangkumi pencapaian lain berikut:-
- CPC disediakan sebelum tamat tempoh projek
- Lukisan Siap Bina disediakan beserta dengan CPC
- Operation & Maintenance (O&M) Manual
- Man Hours Work tanpa Lost Time Injuries (LTI)
- Dokumen Serahan kepada pelanggan lengkap
- Zero Major Defect
- Mencapai Kepuasan Pelanggan Melebihi 95% bagi Hospital Seri Iskandar dan Melebihi 90% bagi Hospital Seri Manjung
Pelaksanaan pembinaan kedua-dua projek ini adalah menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri atau Industrialised Building System (IBS) dengan penilaian skor IBS adalah melebihi 70% iaitu mematuhi Pekeliling Perbendaharaan yang telah ditetapkan.
Dalam masa sama, Projek Hospital Seri Iskandar telah mencapai Skor QLASSIC tertinggi bagi projek-projek kerajaan iaitu 82%, siap tanpa lanjutan masa serta turut berjaya menyediakan Coffee Table Book. Manakala bagi Blok Tambahan Hospital Seri Manjung telah berjaya disiapkan dengan pengeluaran CCC sebelum tamat tempoh projek dan penjimatan kepada Kos Kontrak.
Penyiapan kedua-dua projek ini membuktikan hasil kerjasama yang sangat baik antara pasukan projek JKR dan pihak kontraktor serta semua pemegang taruh yang terlibat. Syabas dan tahniah diucapkan.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 506 bacaan