Pada 19 Ogos 2024 bertempat di SMK Bagan Terap telah diadakan dua majlis penyerahan projek iaitu:
- Projek Pembinaan Gantian Penuh Bangunan 6 Bilik Darjah (BD) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap, Selangor – berjaya diserahkan secara 9 dalam 1
- Daif Selangor (2023) - Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor (BBA6002) – berjaya diserahkan secara 10 dalam 1
Sesi menandatangani dokumen penyerahan projek telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Shukri Bin Ishak, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan YBhg. Datuk Masyati Binti Abang Ibrahim, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Majlis penyerahan projek telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zahrul Hakim Bin Abdullah , Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya kepada YB Puan Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan.
Majlis penyerahan ini juga disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Suhaimi Bin Endut, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPM; YBhg. Dato’ Ir. Hj. Badioezaman Bin Abdul Khalik ,Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bangunan); YBrs. Encik Zainal Bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi Sekolah) KPM, pegawai – pegawai kanan JKR dan pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia serta wakil Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi :-
- 10 Projek Pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Selangor;
- Daif Selangor (2022) – Pembinaan Bangunan Gantian Yang Mengandungi 11 Bilik Darjah, Pusat Sumber, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat, 2 Bilik Sains Dan Lain-Lain Kemudahan Di Sk Bangi, Hulu Langat, Selangor; dan
- Pembinaan Baharu Sekolah Kebangsaan Cyberjaya (2), Sepang, Selangor Yang Mengandungi 36 Bilik Darjah Dan Kemudahan-Kemudahan Lain Mengikut Piawai (Reka Dan Bina)
Penyerahan SST kepada kontraktor yang berjaya telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Badioezaman Bin Abdul Khalik, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bangunan) dan disaksikan oleh YB Puan Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan; YBhg. Dato’ Zahrul Hakim Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya serta dif – dif kehormat. Majlis telah dihadiri oleh wakil Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, HOPT, HODT dan Jurutera – Jurutera Daerah bagi daerah yang terlibat.
Untuk makluman, projek-projek serahan SST pada kali ini telah diserahkan kepada JKR Selangor untuk pelaksanaan pada bulan Jun 2024. Selaras dengan kepentingan projek berimpak tinggi, dalam tempoh kurang daripada sebulan kerja-kerja awalan (kerja ujian siasatan tanah) dilaksanakan secara jabatan oleh JKR Daerah, dan penyediaan reka bentuk telah dilaksanakan oleh Ibu pejabat JKR Selangor. Dengan adanya reka bentuk yang telah disediakan ini, ianya akan turut digunakan di negeri-negeri lain bagi mempercepatkan pelaksanaan projek-projek dewan serbaguna terbuka di seluruh negara.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan, pihak HOPT, HODT dan semua yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini bagi memastikan projek ini dalam dilaksanakan dengan jayanya demi memberi manfaat yang optimum kepada guru-guru dan para murid sekolah sekaligus memberi keselesaan yang terbaik semasa sesi pembelajaran.
- 1784 bacaan