Date: Jumaat, Julai 29, 2022

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi  Projek Pembaikan Cerun Runtuh Fasa 1 dan Fasa 2 Di Istana Negara, Kuala Lumpur telah diadakan pada 28 Julai 2022 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyauarat Utama, Pejabat Pengurusan Istana Negara.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri  (JPM) dengan disaksikan oleh Tuan Ir. Haji Abd Rahman Bin Pandi, Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Tuan Mohd Irfan Bin Idrus, Ketua Pegawai Pentadbir, Istana Negara.

 

Majlis penyerahan ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri, Istana Negara, Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pihak kontraktor Propecon Sdn. Bhd.

 

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) selaku Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT) dan diselia oleh JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku Pegawai Penguasa. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor Propecon Sdn. Bhd.  bermula pada 1 Julai 2021 dan telah berjaya disiapkan pada Tarikh Siap Kontrak iaitu pada 29 Jun 2022 tanpa sebarang lanjutan masa.

Kos ATDA  asal projek ini adalah RM 2,850,000.00 manakala kos kontrak semasa pula adalah RM 2,044,321.04 dengan penjimatan sebanyak RM 805,678.96 iaitu 28 % daripada peruntukan asal.

 

Projek ini melibatkan kerja-kerja pembaikan cerun dengan kaedah pengukuhan cerun menggunakan soil nailing, horizontal drain, micropiles dan pembinaan buttress wall termasuk kerja-kerja pembinaan sistem saliran di kawasan cerun tersebut. 

 

Projek ini turut berjaya disiapkan dan diserahkan secara 8 dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC),
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing),
  3. Penyata akaun muktamad (SOFA),
  4. Siap pada Tarikh Siap asal projek tanpa EOT
  5. Penjimatan projek sebanyak RM 800,000.000 daripada ATDA asal
  6. Zero Major Defect
  7. Zero Lost Time Injuries
  8. Coffee Table Book

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cawangan Kerja Cerun dan kontraktor Propecon Sdn. Bhd. serta semua agensi yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah berjaya menyiapkan projek ini mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan.