Date: Isnin, Januari 13, 2020

Majlis penyerahan projek siap bagi PROJEK KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN BLOK D, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, JALAN CENDERASARI, KUALA LUMPUR telah diadakan pada 19 Disember 2019 (Khamis) bertempat di tapak projek pada jam 2.30 petang.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Noor Azman bin Ramlee, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada YBhg. Dato’ Ramlan bin Harun, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran daripada Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Ar. Azman Bin Md Hashim. Turut hadir sama ke majlis ini adalah pegawai-pegawai daripada Pasukan Projek JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, HOPT, HODT serta pengguna akhir bagi bangunan ini iaitu Majlis Perubatan Malaysia (MPM) dan Bahagian Perubatan Tradisional & Kontemporari, KKM.

Proses rekabentuk bagi  bangunan ini telah dilaksanakan oleh HODT Arkitek dengan menggunakan BIM di mana ianya telah memudahkan pihak pelanggan mendapat gambaran sebenar bangunan yang akan diubahsuai. Projek Kerja-kerja Pengubahsuaian Blok D ini dilaksanakan secara KONVENSIONAL DALAMAN dengan siling peruntukan sebanyak RM6.059 juta. Projek ini dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah Daya Angsana Sdn. Bhd. Tempoh pembinaan asal projek adalah selama 56 minggu  yang bermula pada 28 Mac 2018 hingga 23 April 2019. Walau bagaimanapun, kontrak ini telah diluluskan Lanjutan Masa dan siap sepenuhnya pada 20 November 2019 dengan penjimatan terhadap kos kontrak sebanyak RM 600 ribu.

Projek ini berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan secara 8 Dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah diperakukan pada 20 November  2019;
  2. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA) disediakan bersama CPC;
  3. Penyiapan As Built Drawing dan Operation & Maintenance Manual (OMM);
  4. Zero Defects;
  5. Penarafan Qlassic;
  6. Penjimatan Terhadap Kos Projek;
  7. Zero Lost Time Injuries; dan
  8. Coffe Table Book.

 

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Cawangan Kerja Kesihatan, pejabat-pejabat HODT Ibu Pejabat JKR, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pihak kontraktor utama iaitu Daya Angsana Sdn. Bhd. dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak pelanggan dengan jayanya.