Majlis Penyerahan bagi Projek Kerja Pembaikan Cerun Runtuh Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Premis Kuarters Beralamat JKR 2925, Jalan Persiaran Ledang, Bukit Ledang, Kuala Lumpur telah diadakan pada 31 Julai 2024 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Jentayu, Aras 17, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Hj. Md Rabani, Pengarah, JKR WPKL kepada Yang Berusaha Tuan Sharez Izuan bin Md Zaidi, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Pengurusan Kuarters, Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM.
Projek ini berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan secara 7 dalam 1 yang merangkumi:
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
- Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing);
- Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
- Siap tanpa Lanjutan Masa;
- Penjimatan Kos Projek daripada Kos Projek;
- Zero Lost Time Injury dan
- Coffee Table Book
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan projek dan kontraktor, Propecon Sdn. Bhd. di atas kejayaan menyiapkan projek ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga JKR WPKL di atas komitmen dan dedikasi di dalam memastikan penyiapan projek.
- 892 bacaan