Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK KLINIK KESIHATAN (JENIS 2) TAMAN BATU MUDA, KUALA LUMPUR telah diadakan pada 05 September 2020 (Sabtu) bertempat di Klinik Kesihatan Batu Muda, Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi.
Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Maria binti Marcus, Pengarah JKR W.P. Kuala Lumpur kepada YBhg. Dato’ Dato’ Seri Dr Chen Caw Min, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaksikan oleh Y.B Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia dan Yang Berusaha Ir. Razdwan Bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan). Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran daripada Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Ar. IDr. Azman Bin Md Hashim, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan), Dr. Mohd Khalid bin Abdul Samad. Turut hadir sama ke majlis ini adalah pegawai-pegawai daripada HOPT dan HODT serta wakil pengguna akhir bagi bangunan ini iaitu Y.Brs. Dr. Param Jeeth Singh A/L Pakar Singh, Pengarah Kesihatan Negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya).
Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Pengurus Program adalah Bahagian Pengurusan Projek 2, Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) dan manakala Pegawai Penguasa Projek adalah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Projek ini adalah merupakan projek perintis di Malaysia yang rekabentuknya menggunakan rekabentuk Pre-Approved Plan (PAP) Klinik Kesihatan Jenis 2 - Delima yang telah ditender secara tender terbuka dan kontraktor yang terpilih untuk melaksanakannya adalah Neka Jati Sdn. Bhd. Pembinaan projek ini bermula pada 3 Julai 2017 dan telah berjaya disiapkan pada 30 Julai 2020. Kos kontrak asal projek ini adalah RM25,040,958.18 tetapi telah disiapkan dengan kos sebenar berjumlah RM 20,878,057.04 yakni mempunyai penjimatan sebanyak RM4,162,901.14 (16.62%).
Projek ini merangkumi 1 Blok Klinik Kesihatan 2 tingkat, Blok TNB, Blok Rumah Pam, Blok Sokongan C (Stor), Blok Garaj Ambulan, Blok Rumah Sampah dan Blok Pondok Pengawal.
Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 3 dalam 1 iaitu :
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 30 Julai 2020;
- Penyiapan As-Built Drawing dan Operation & Maintenance Manual;
- Statement of Final Account (SOFA)
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR W.P. Kuala Lumpur, Cawangan Kerja Kesihatan selaku Pengurus Program, barisan pakar HODT JKR, Nekajati Sdn Bhd, Subkontraktor DiNamakan iaitu Swiftloq Sdn.Bhd., SBI Teras Venture, Impian Satu Sepakat Sdn.Bhd., Sri Tekad Enterprise, Masayu Enterprise, Doyes Engineering, Impak Sensasi Sdn.Bhd., Fable Ventures, Benanika Enterprise, Hub Technologies, Pembinaan Pinggiran Delima dan MH Razali Enterprise serta semua pihak serta agensi yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan output kerja yang amat membanggakan.
- 1984 bacaan