Date: Selasa, Januari 31, 2023

Majlis penyerahan projek siap kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan pada 27 Januari 2023 (Jumaat) bertempat di Bilik Orion, Planetarium Negara pada jam 2.30 petang.

Penyerahan Projek telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman Bin Hj. Md Rabani (Pengarah JKR WPKL) kepada YBrs. Tuan Ooli Guanalan A/L Manickam (Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan, MOSTI) disaksikan oleh YBrs Encik Mohd Zamri Shah bin Mastor (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Planetarium Negara), Ir. Adilah binti Ismail (Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 2 dan Ir. Siti Nurulhuda Binti Amirrudin (Jurutera Awam Penguasa Bahagian Pembangunan JKRWPKL). Turut hadir sama ke majlis adalah Yang Berusaha Encik Mat Ariffin Bin Daud  (Pengarah Urusan Mayang Muara Development Sdn. Bhd), Pasukan Projek daripada JKR WP Kuala Lumpur dan Cawangan Kejuruteraan Bangunan Am 2 serta pegawai-pegawai daripada MOSTI, Planetrarium Negara dan Mayang Muara Development Sdn. Bhd.

Projek ini telah dilaksanakan oleh kontraktor utama Mayang Muara Development Sdn. Bhd bermula pada 29 Oktober 2021 dan telah berjaya disiapkan pada 29  Oktober 2022.

Projek ini telah berjaya disiapkan dengan pencapaian 6 dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja
  2. Lukisan Siap Bina
  3. Penyata Akaun Muktamad
  4. Penjimatan kos projek sebanyak RM135,400.00  
  5. Zero Lost Time Injury
  6. Coffee Table Book

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yg terlibat dalam menyiapkan projek ini