Date: Isnin, November 2, 2020

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Menaiktaraf Blok Asrama di Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi, Sepang, Selangor telah diadakan pada 21 Oktober 2020 (Rabu), jam 12.00 tengah hari bertempat di Ruang Menunggu, Aras 29,  Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Majlis penyerahan ini telah dilaksanakan oleh YBrs Sr. Mohd Yusoff Bin Othman, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 5, Cawangan Kerja Bangunan Am 2, Ibu Pejabat JKR Malaysia  dan YBhg, Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Majlis penyerahan yang penuh bermakna ini juga turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pembangunan Luar Bandar YBhg Datuk Che Murad Sayang Bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pembangunan Luar Bandar YBhg. Dato’ Hajah Norison Binti Ramli, Jurutera Daerah Sepang YBrs Ir. Mohamad Yusrey Bin Mahat, Pengarah Mega Prefab Sdn Bhd Encik Azeil Bin Mohd Khalid, pegawai – pegawai daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Institut Kemajuan Desa, JKR Malaysia dan JKR Daerah Sepang.

Projek Menaiktaraf Blok Asrama di Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi, Sepang, Selangor merupakan salah satu projek Kerajaan Persekutuan di mana pembiayaan projek ini diturunkan melalui Kementerian Pembangunan Luar bandar (KPLB). Perolehan bagi projek ini dilaksanakan secara Tender Terbuka dengan kaedah Konvensional Dalaman. Pengurus Program adalah Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2 manakala Pegawai Penguasa Projek adalah Pengarah JKR Selangor.

Kontraktor G7 yang bertanggungjawab melaksanakan projek ini adalah Mega Prefab Sdn. Bhd. dengan kos kontrak semasa sebanyak RM 28,442,455.34. Tarikh milik tapak bagi projek ini ialah pada 30 November 2017 dan kerja-kerja mengikut syarat-syarat kontrak telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 20 Ogos 2020.

Skop Projek ini merangkumi;

  • Kerja -  kerja demolition
  • Membaikpulih bangunan
  • Pemasangan plumbing dan sanitari baru
  • Kerja - kerja piling
  • Menaiktaraf 2 blok asrama yang mempunyai 130 unit kepada 141 unit dengan kelengkapan dan kemasan– kemasan baharu
  •  2-Unit lift
  • Kerja Mekanikal
  • Kerja Elektrikal

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 6 dalam 1 merangkumi;

  • Perakuan Siap Kerja (CPC)
  • Lukisan Siap Bina
  • Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
  • Operation and Maintenance Manual
  • Pengurangan Kos Kontrak
  • Zero Major Defect

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR Daerah Sepang khususnya, Wakil Pegawai Penguasa Pakar (WPP Pakar) JKR Selangor, Cawangan Kerja Bangunan Am 2 selaku Pengurus Program, barisan pakar HODT Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kontraktor Utama Mega Prefab Sdn. Bhd serta semua pihak dan agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.