Date: Khamis, Februari 6, 2025

Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Dan Memulihara Peragaan Bangunan Galeria Sri Perdana telah diadakan pada 4 Februari 2025 (Selasa) bertempat di Bangunan Galeria Sri Perdana, Jalan Terengganu, Bukit Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR WP Kuala Lumpur kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara yang disaksikan oleh Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya; Dato' Ir. Ibrahim Bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan Dato' Jaafar Sidek bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

Projek ini berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan secara 11 dalam 1 yang merangkumi:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing) berserta Operational and Maintenance Manual;
  3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
  4. Siap awal 1 hari dari Tarikh Siap Semasa;
  5. Penjimatan Kos Projek berbanding Kos Projek;
  6. Penjimatan Kos Projek berbanding Siling Projek;
  7. Zero Lost Time Injury (LTI);
  8. Penyediaan Historical Architectural Building Survey (HABS) 1, 2 dan 3;
  9. Penyediaan Videography;
  10. Zero Major Defect; dan
  11. Inisiatif Penyediaan Coffee Table Book.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan projek dan kontraktor utama di atas kejayaan menyiapkan projek ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga JKR WP Kuala Lumpur di atas komitmen dan dedikasi di dalam memastikan penyiapan projek.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat