Isnin, 20 Mei 2024- Telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Jeti Penumpang Kg. Tekek, Pulau Tioman, Pahang yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (MOT), YBhg. Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah. Turut hadir menyempurnakan majlis adalah Pengarah JKR Pahang, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria; Ketua Pengarah Laut Jabatan Laut Malaysia, YBrs. Kapten Mohamad Halim bin Ahmed; Pegawai Daerah Rompin, YBhg. Dato’ Ahmad Nasim bin Dato’ Haji Mohd Sidek; Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman, YBhg. Dato’ Hj Idros Yahya serta Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan JKR Malaysia, YBrs. Ir. Waznah binti Abdul Aziz.
Terminal Penumpang Kg. Tekek merupakan terminal feri yang utama di Pulau Tioman, yang diselia-selanggara di bawah Jabatan Laut Malaysia. Bangunan terminal feri ini mempunyai keluasan 2000m2, manakala panjang jeti adalah 150m.
Pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf Jeti Penumpang Kg. Tekek terbahagi kepada 2 fasa bagi mengutamakan keselesaan pelancong yang akan berkunjung ke Pulau Tioman. Kerja menaiktaraf jeti ini dijangka dapat menampung kapasiti lebih kurang 200 pelancong yang akan berkunjung ke Pulau Tioman.
- 1470 bacaan