Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Menyiapkan Baki Kerja Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) dan Klinik Cure & Care (C&C) 1Malaysia, Kuching, Sarawak telah diadakan pada 22 Oktober 2020 ( Khamis ), jam 10.00 pagi bertempat di Blok Program, CCRC Kuching, Sarawak. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs En. Robert Albert Girik, Jurutera Awam Penguasa, PPK2, JKR (mewakili Pengarah PPK2, JKR) kepada YBrs En. Wan Madihi Wan Salleh, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (Sarawak), Kementerian Dalam Negeri.
Majlis penyerahan yang penuh bermakna ini juga turut diserikan dengan kehadiran Pengarah CCRC Kuching (end-user), En. Christopher Billy, Wakil Pegawai Penguasa Utama, En. Dennis Ting, , pegawai-pegawai daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (Sarawak), Kementerian Dalam Negeri, kakitangan Pasukan Projek Khas 2, JKR, wakil-wakil perunding & kontraktor.
Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara konvensional perunding. Pengurus Program adalah Cawangan Kerja Keselamatan, JKR dan Pengarah Pasukan Projek Khas 2, JKR telah dilantik sebagai Pegawai Penguasa projek.
Kontraktor G7 yang bertanggungjawab melaksanakan projek ini adalah Pembinaan Kuantiti Sdn. Bhd. dengan kos kontrak semasa sebanyak RM 25,074,970.20. Tarikh milik tapak bagi projek ini ialah pada 22 Oktober 2018 dan kerja-kerja mengikut syarat-syarat kontrak telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 12 Ogos 2020.
Skop Projek ini merangkumi;
- Blok Pentadbiran C&C
- Blok Program C&C
- Kafeteria C&C
- Blok Asrama Lelaki C&C
- Blok Asrama Perempuan C&C
- Blok Pemulihan & Pengurusan Klien CCRC
- Blok Rawatan & Perubatan CCRC
- Blok Keselamatan CCRC
- Blok Asrama Lelaki CCRC (4 blok)
- Blok Detox CCRC
- Dewan Makan CCRC
- Surau
- Stor Pusat
- Blok Pengawal
- Menara Kawalan
- Sewerage Treatment Plant
Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 8 dalam 1, merangkumi;
- Sijil Layak Menduduki Bangunan (Occupation Permit, OP)
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
- Lukisan Siap Bina
- Manual Operasi & Penyelenggaraan (O&M)
- Zero Major Defect
- Zero Lost Time Injuries
- Penjimatan Kos Kontrak
- Skor IBS melebihi 70%
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Khas 2, JKR khususnya, Cawangan Kerja Keselamatan, barisan pakar HODT Ibu Pejabat JKR Malaysia, barisan perunding, kontraktor utama Pembinaan Kuantiti Sdn. Bhd., sub-kontraktor serta semua pihak dan agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.
- 1363 bacaan