Date: Jumaat, Januari 31, 2025

23 Januari 2025 (Khamis) – Sesi Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja dan Kerja-Kerja Berkaitan Bagi Projek Pusat Latihan Polis Di Pelangai, Bentong, Pahang Darul Makmur telah berlangsung di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya.

Penyerahan projek telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Adnan bin Ladin, Wakil Penguasa Projek kepada YBrs. Tuan Fakhrul Razi bin Ab Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN). Turut hadir sama menyaksikan sesi penyerahan YBrs. Ir. Hajah Zamilah binti Said (Menjalankan Tugas Pengarah, Cawangan Kerja Keselamatan), Jabatan Kerja Raya dan wakil-wakil Ketua Jabatan, Agensi dan Bahagian bawah KDN.

Dimana pada 1 Ogos 2024, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah menghadiri Majlis Penyerahan Separa Projek Menyiapkan Baki Kerja dan Kerja-Kerja Berkaitan Bagi Projek Pusat Latihan Polis Di Pelangai, Bentong, Pahang Darul Makmur yang menyaksikan pihak JKR Malaysia menyerahkan sebahagian kawasan projek iaitu blok-blok pentadbiran kepada KDN.

Sesi penyerahan kali ini adalah penyerahan penuh keseluruhan projek kepada KDN setelah pihak JKR mengeluarkan Certification of Practical Completion (CPC) pada 8 Disember 2024.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Persekutuan JKR Negeri Pahang, Cawangan Kerja Keselamatan selaku selaku HOPT, barisan pakar HODT, WPP, Perunding, pihak kontraktor utama, sub kontraktor dinamakan serta semua pihak dan agensi yang terlibat dalam menyiapkan dan melaksanakan penyerahan projek ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat