Date: Isnin, Disember 11, 2023

28 November 2023 - Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Menyiapkan Baki Kerja Naiktaraf Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis, telah berlangsung dengan jayanya pada 28 November 2023 (Rabu) bertempat di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Kangar Perlis.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’. Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab.Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Bangunan, Jabatan Kerja Raya Malaysia, kepada YBrs. Tuan Mohd Rashidi Bin Yahaya Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Majlis penyerahan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBrs. Tuan Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan, Kementerian Kerja Raya.

Pada majlis ini, diadakan upacara menandatangani Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek oleh YBrs. Ir.  Mohd Shahril Bin Mohd Said, Pengarah Kerja Raya Negeri Perlis selaku Pegawai Penguasa kepada YBrs. Tuan Mohd Rashidi Bin Yahaya Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang disaksikan oleh YBhg. Dato’. Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab.Khalik Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Bangunan, Jabatan Kerja Raya Malaysia, YBrs. Tuan Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan, Kementerian Kerja Raya, YBrs. Ir. Shukri Bin Ishak Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, YBrs. Dr. Ismuni Bin Bohari, YBrs. Dr. Nordin Bin Mohamed Pengarah Hospital Tuanku Fauziah Negeri Perlis dan Ts. Mohd Anwar Bin Sahul Hameed Wakil Pengarah, Pejabat Pembangunan Negeri Perlis, Jabatan Perdana Menteri.

Majlis diteruskan dengan penyerahan replika bangunan Dato' Hj. Ahmad Shuhaimi Bin Razak Pengarah Urusan Mizura Sdn. Bhd. kepada Pengarah JKR Perlis dan seterusnya Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai simbolik penyerahan bangunan Unit Rawatan Rapi (ICU) ini.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Untuk makluman juga, Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) selaku Pengurus Program dan HOPT adalah di peringkat Pasukan Projek Persekutuan Negeri Perlis seterusnya Pengarah JKR Negeri Perlis telah diberikan tanggungjawab sebagai Pegawai Penguasa untuk menyelia projek ini. Manakala HODT yang terlibat adalah daripada Pasukan JKR Negeri Perlis yang terdiri daripada Bahagian Arkitek, Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak, Cawangan Kerja Elektrik dan Cawangan Kerja Mekanikal.

Projek ini telah dianugerah Surat Setuju Terima (SST) pada 22 Disember 2022 dan dilaksanakan oleh kontraktor MIZURA Sdn. Bhd. secara tender terbuka. Harga kontrak terlaras adalah RM 2,834,953.80. Tempoh pembinaan projek adalah selama 40 minggu iaitu bermula dari 12 Januari 2023 hingga 18 Oktober 2023.

Di antara skop utama projek ini adalah :

a)      Kerja Awalan (Preliminaries) 

b)      Kerja-kerja Bangunan :

  • B1 – Blok Unit Rawatan Rapi
  • Kerja-kerja Tambahan (Additional Works)

c) Kerja-kerja Luar (External Works)

d) Kerja-kerja Mekanikal

e) Kerja-kerja Elektrikal

f) Wang Peruntukan Sementara (Provisional Sump)

Bangunan ICU ini mempunyai 3 tingkat iaitu Tingkat Bawah yang menempatkan parking ambulans,  Tingkat 1 iaitu unit rawatan rapi (ICU) yang menempatkan 5 katil pesakit dan Tingkat 2 adalah Plant Room.

Projek ini juga telah berjaya disiapkan mengikut KPI serahan 3 dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Kerja Siap (CPC) ,
  2. Lukisan Siap Bina ; dan
  3. Penyata Akaun Muktamad – SOFA

Disamping nilai tambah yang lain iaitu :

  1. Dokumen Coffee Table
  2. Zero Major Defect
  3. Dokumen Penyerahan

7.Tiada Lanjutan Masa (EOT)

Tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cawangan Kerja Kesihatan Malaysia, Cawangan-cawangan pakar JKR Malaysia, Pegawai Penguasa dan Wakil Pegawai Penguasa Projek dan Pasukan Kontraktor serta terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, dan semua Jabatan Persekutuan dan Negeri yang telah menjayakan perlaksanaan projek bangunan unit rawatan rapi (ICU) ini.

Projek ICU

Projek ICU

Projek ICU

Projek ICU

Projek ICU

Projek ICU

Projek ICU

Projek ICU

Projek ICU