Date: Rabu, Mei 15, 2024

Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Kerja-Kerja Terbengkalai Bagi Cadangan Membina Sebuah Bangunan Pejabat RRIMINIS Yang Mengandungi Bangunan Pejabat, Dewan Serbaguna, Setor Barangan Rampasan Dan Kuarters Untuk Lembaga Getah Malaysia, Daerah Jasin, Melaka (Tawaran Semula) telah berlangsung dengan jayanya pada 06 Mei 2024 bertempat di Dewan Serbaguna, Lembaga Getah Malaysia

Majlis Penyerahan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hameed Bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka dan majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Tuan Ir. Mohamad Salzeli Bin Moktar, Pengarah Kerja Raya Melaka dan YBhg. Dato’ Dr. Zairossani Bin Mohd Nor, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia.  Majlis juga turut dihadiri oleh YB Tuan Zahari Bin Abd Kalil, Timbalan Exco Kerja Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam Dan Pengangkutan, YBhg. Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah, Mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YBrs. Tuan Engineer Kalam Bin Mohd Nor, Jurutera Daerah Jasin dan dan YBrs. Tuan Encik Mohd Raziff bin Yaakop, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kawasan Bemban, Melaka

Projek ini telah dilaksanakan secara konvesional perunding. Skop projek adalah seperti berikut :

  1. Pusat Pentadbiran yang meliputi Bangunan Pejabat (Blok A & B), Stor Berpusat, Garaj, Kenderaan Berat, Dewan Serbaguna dan Taska
  2. Kuartes yang meliputi 3 unit Kelas C, 8 unit Kelas F dan 16 unit kelas G.
  3. Lain-lain Kemudahan Sokongan meliputi Sistem M&E, Rumah Sampah, Pondok Pengawal, Menara Tangki Air, TNB Sub-Station dan Kerja-Kerja Luar.

Matlamat utama pelaksanaan Projek Rubber Research Institute Malaysia Mini Station (RRIMINIS) Lembaga Getah Malaysia ini adalah untuk dijadikan kebun demonstrasi, kawasan latihan serta sebagai pusat pemindahan teknologi  kepada para pegawai agensi pelaksana, pelatih, dan pekebun getah yang terpilih berkaitan teknologi perladangan getah, disamping menjana pendapatan kepada Lembaga Getah Malaysia melalui penanaman getah secara komersil.

Tarikh Milik Tapak projek ini adalah bermula pada 09hb Januari 2020 sehingga Tarikh Siap Asal 07hb Julai 2021. Namun begitu, projek ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh penyiapan kontrak asal di mana projek ini berdepan dengan krisis pandemik Covid-19. Berkat kesungguhan pasukan kontraktor utama iaitu Bintang Fadzilat (M) S/B. telah berjaya menyiapkan projek sepenuhnya dengan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah dikeluarkan pada 27hb. Februari 2024.

Dengan usaha dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang terlibat, projek ini berjaya disiapkan secara 3 dalam 1 iaitu :

  1. Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Statement Of Final Account (SOFA)
  3. Lukisan Siap Bina

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB Datuk Hameed Bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka, Timbalan EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, Pegawai Penguasa Pengarah Kerja Raya Melaka, Wakil Pegawai Penguasa Projek Jurutera Daerah JKR Jasin, Ketua Jurutera Elektrik Negeri JKR Melaka, Ketua Jurutera Mekanikal Negeri JKR Melaka, Juruukur Bahan Penguasa JKR Melaka, Arkitek Kanan JKR Melaka, Cawangan Kerja Bangunan Am 2 JKR Malaysia, Cawangan Kejuruteraan Elektrik dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal selaku HODT, perunding iaitu IRC Perunding, Azmi O Arkitek dan ASA-CM Jurukur Bahan dan kontraktor Bintang Fadzilat (M) S/B serta semua yang terlibat di dalam pelaksanaan projek ini.

Syabas dan tahniah kepada kontraktor dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kesungguhan yang gigih dan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan penyiapan projek ini.