Date: Khamis, Februari 8, 2024

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK NAIKTARAF FASILITI DAN KEMUDAHAN ASRAMA DI IKBN KUALA LANGAT SELANGOR telah dilaksanakan pada 5 februari 2024 (Isnin) bertempat di IKBN Kuala Langat Selangor.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hanif Bin Latif, Jurutera Daerah JKR Kuala Langat selaku Pegawai Penguasa projek kepada YBrs. Ts. Dr. Puteh Melor Wesma Binti Salehen, Pengarah IKBN Kuala Langat disaksikan oleh YBrs.Tuan Muhammad Syamsul Hafidz Bin Muhammad Sanusi, Jurutera Bangunan JKR Kuala Langat dan YBrs.Puan Sazlina binti Mat Said, Pegawai Latihan Vokasional IKBN Kuala Langat Selangor. Sesi penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai daripada JKR Selangor, Caw. Kerujuteraan  Mekanikal JKR Selangor, Caw. Kerujuteraan  Elektrik JKR Selangor , Pasukan Pejabat Selia Tapak (JKR KualaLangat), Pasukan Kontraktor serta warga IKBN Kuala Langat Selangor.

Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Konvesional Dalaman. Pengurus Program adalah Jurutera Awam Penguasa Bangunan, Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor manakala Pegawai Penguasa adalah Jurutera Daerah JKR Kuala Langat. Projek secara sebutharga terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor GD Delima Sdn Bhd.

Perlaksanaan kerja Projek selenggara ini bermula pada 8 Mei 2023 dan BERJAYA disiapkan pada 27 November 2023. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan. Skop kerja bagi projek ini melibatkan kerja – kerja di 3 blok bangunan asrama ( 2 asrama lelaki & 1 asrama Perempuan) dan kerja-kerja yang terlibat adalah 1) NAIKTARAF KEMUDAHAN DAN KELENGKAPAN TANDAS(2)  NAIKTARAF DAN BAIKPULIH KEMUDAHAN BILIK SAKIT, BILIK PENYELIA DAN BILIK STOR( 3) KERJA-KERJA MENGECAT BANGUNAN (4) BAIKPULIH BILIK ASRAMA dan (5) MEMBINA AMPAIAN BERBUMBUNG.

Sekali lagi diucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada pihak Pelanggan, Kementerian Belia dan Sukan, Pasukan Projek JKR Daerah Kuala Langat selaku Pegawai Penguasa, HOPT Bahagian Bangunan JKR Selangor, pihak kontraktor GD Delima Sdn Bhd dan pihak IKBN Kuala Langat Selangor yang terlibat kerana telah BERJAYA menyiapkan projek Selenggara ini.