Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah berjaya menyiapkan Projek Pemasangan Dan Menaiktaraf Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) Serta SMS Notifikasi CCTV di Pejabat-Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Majlis penyerahan rasmi projek ini telah diadakan pada 28 Februari 2025, dari jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di Bilik Gerakan, SPRM Negeri Pahang.
Projek ini diserahkan secara rasmi oleh YBrs. Ir. Noor Ashikin Bt Md Tamimi, Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE), Ibu Pejabat JKR Malaysia kepada YBhg. Dato’ Indera Junipah binti Wandi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Professionalisme) mewakili pihak pelanggan. Turut hadir sama adalah YBrs. Tuan Zuhairi bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Keselamatan , Ibu Pejabat SPRM Malaysia, serta wakil pegawai penguasa utama, pegawai-pegawai JKR, pegawai SPRM, dan pihak kontraktor.
Projek yang dilaksanakan secara Konvensional Dalaman ini melibatkan Unit Perunding Akustik dan ELV (pasukan HOPT), Unit Perunding Inspektorat dan Keselamatan Elektrik (pasukan HODT) serta Unit Perunding Akustik dan ELV di CKE, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Pembinaan projek bermula pada 1 Ogos 2024 dan berjaya disiapkan pada 27 Januari 2025.
Projek ini telah berjaya diserahkan secara 3 dalam 1, iaitu merangkumi:
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) ;
- Lukisan Siap Bina (As-built Drawing); dan
- Statement of Final Account (SOFA)
Dengan siapnya projek ini, sistem CCTV di enam premis SPRM telah dinaiktaraf kepada resolusi terkini, selain peningkatan tempoh rakaman bagi laluan operasi dan lokasi berisiko dalam tempoh yang lebih lama.
JKR Malaysia semtiasa komited dalam meningkatkan tahap keselamatan serta integriti sektor awam, seiring dengan aspirasi kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam kejayaan projek ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 331 bacaan