Majlis penyerahan projek siap kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diadakan pada 22 DISEMBER 2022 (Khamis) bertempat di Rumah Kelab, Istana Negara, Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang.
Penyerahan Projek telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman Bin Hj. Md Rabani (Pengarah JKR WPKL) kepada YBrs. Puan Inu Baizura Binti Mohamad Zain (Setiausaha Bahagian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri) disaksikan oleh YBrs Encik Mohd Irfan Bin Idrus (Ketua Pegawai Pentadbir, Istana Negara) dan Ir. Siti Nurulhuda Binti Amirrudin (Jurutera Awam Penguasa Bahagian Pembangunan JKRWPKL) serta Yang Berusaha Encik Zulkifli Bin Abdul Rahman (Pengarah Urusan Fasa Sturuktur Sdn Bhd). Turut hadir sama ke majlis adalah Pasukan Projek daripada JKR WP Kuala Lumpur dan Cawangan Kejuruteraan Cerun, pegawai-pegawai daripada JPM, Istana Negara dan Fasa Struktur Sdn. Bhd.
Projek ini telah dilaksanakan oleh kontraktor utama Fasa Struktur Sdn. Bhd bermula pada 20 April 2022 dan telah berjaya disiapkan 7 BULAN LEBIH AWAL DARIPADA TARIKH SIAP ASAL KONTRAK.
Projek ini telah berjaya disiapkan dengan pencapaian 15 in 1 iaitu :
- Certificate of Practical Completion (CPC)
- Penyerahan Projek kepada Pelanggan pada tarikh CPC
- Siap Awal 7 Bulan dari Tarikh Siap Asal
- Statement of Final Account (SOFA)
- As- Built Drawing
- Penjimatan RM100 ribu berbanding Kos Kontrak
- Penjimatan RM1.5 juta berbanding Siling Projek
- Zero Lost Time Injury (LTI)
- Zero Complaints
- Zero Major Defects
- Mencapai Tahap Kepuasan Pelanggan
- Teknologi Hijau
- Realtime Slope Monitoring System
- Inovasi Projek
- Coffee Table Book
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pasuakan yg terlibat dalam menyiapkan projek ini.
- 2008 bacaan