Date: Selasa, Oktober 6, 2020

Majlis penyerahan projek Pembaikan Cerun dan Kerja-kerja Berkaitan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) , Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2020 bertempat di Dewa Tun Ismail MACA.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Maria Binti Marcus, Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada YBhg. Dato’ Junipah Binti Wandi Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang mewakili pihak pelanggan. Majlis juga dihadiri oleh YBhg. Dato’ Hj. Idris Bin Zaharuddin, Pengarah Akademi Pencegah Rasuah Malaysia(MACA) dan wakil-wakil HOPT dan HODT serta pegawai-pegawai kanan MACA.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Pengurus Program adalah Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), HOPT & HODT adalah daripada Unit Forensik Tanah Runtuh (Cerun)  dan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diberikan tanggungjawab untuk menyelia projek ini di tapak bagi memastikan kualiti projek ini pada tahap yang tertinggi. Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah HNZ Supreme Enterprise.

Skop kerja utama bagi projek ini ialah pembinaan Gabion Wall, Soil Nailing, Gridbeam, Micropile, Stone Pitching dan pembinaan sistem perparitan seperti Cascade Drain, Berm Drain, Cut Off Drain dan Toe Drain.

Pembinaan projek ini telah dimulakan pada 2 Oktober 2019 dan disiapkan pada 5 Oktober 2020 dengan kos kontrak asal sebanyak RM 979,593.00 berbanding kos akhir kontrak adalah sebanyak RM 975,527.00 dengan penjimatan lebih kurang RM4066.00.

Projek ini telah disiapkan secara 7 dalam 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
  2. Lukisan siap bina (As-Built) dan Operation & Maintenance Manual (OMM);
  3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
  4. Penjimatan Kos Projek
  5. Serah awal daripada tarikh CPC
  6. Serah pada Tarikh CPC
  7. Zero Lost Time Injuries

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya.