Date: Selasa, Oktober 20, 2020

Majlis penyerahan projek Pembaikan Cerun dan Kerja-kerja Berkaitan di Planetarium Negara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2020 bertempat di Bilik Theatre Planetarium.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Maria Binti Marcus, Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada YBrs. Pn. Anita Binti Bahari Pengarah Planetarium Negara Kuala Lumpur dan wakil-wakil HOPT dan HODT serta pegawai-pegawai kanan Planetarium Negara Kuala Lumpur.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Pengurus Program adalah Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), HOPT & HODT adalah daripada Unit Forensik Tanah Runtuh (Cerun)  dan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diberikan tanggungjawab untuk menyelia projek ini di tapak bagi memastikan kualiti projek ini pada tahap yang tertinggi. Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah Amaz Enterprise.

Skop kerja utama bagi projek ini ialah pembinaan Gabion Matress, Soil Nailing, Hyroseeding, Guniting, Horizontal Pipe, Stone Pitching dan pembinaan sistem perparitan seperti Cascade Drain, Interceptor Drain, dan Toe Drain.

Pembinaan projek ini telah dimulakan pada 2 Oktober 2019 dan disiapkan pada 19 Oktober 2020 dengan kos kontrak asal sebanyak RM 1,696,500.00 berbanding kos akhir kontrak adalah sebanyak RM 1,690,057.00 dengan penjimatan lebih kurang RM 6,443.00 (0.38%)

Projek ini telah disiapkan secara 7 dalam 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
  2. Lukisan siap bina (As-Built));
  3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
  4. Penjimatan Kos Projek
  5. Serah awal daripada tarikh CPC
  6. Serah pada Tarikh CPC
  7. Zero Lost Time Injuries

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya.