Date: Selasa, April 20, 2021

Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Kebangsaan Kauluan, Ranau, Sabah telah dilaksanakan pada 06hb April 2021 (Khamis) bertempat di SK Kauluan, Ranau, Sabah.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Cik Fendy Jiliun, Jurutera Awam Kanan selaku Wakil Pegawai Penguasa (Utama) projek ini kepada En. Juil Bin Gitom, Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Ranau. Majlis ini turut dihadiri oleh Guru Besar SK Kauluan iaitu En. Ramlee Ambu, Head of Project Team (HOPT) & Design Team (HODT) Cawangan Kejuruteraan Cerun iaitu En. Said Rezuan Said Kasim dan En. Mohd Faiz Mohd Jalil, pegawai Pasukan Projek Khas 2 iaitu En. Alvin Pabuang dan Kontraktor Visi Sama.

Projek Pembaikan Cerun dan Kerja-kerja Berkaitan di SK Kauluan, Ranau Sabah ini adalah projek Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah direkabentuk oleh Bahagian Forensik Tanah Runtuh, Cawangan Kejuruteraan Cerun, IPJKR Malaysia.

Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 telah dilantik sebagai Pegawai Penguasa dan dibantu oleh Jurutera Awam Kanan selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama, Juruukur Bahan selaku Wakil Pegawai Penguasa Ukur Bahan serta seorang Pegawai Tapak Bina. Kontraktor yang terpilih untuk melaksanakannya adalah Visi Sama bermula pada 06hb November 2019 dan telah berjaya disiapkan pada 15hb Februari 2021. Kos projek ini adalah RM 2,077,899.00. Projek ini juga turut mencapai Sifar Kemalangan sepanjang tempoh pembinaan dilaksanakan.

Matlamat utama pembinaan projek ini adalah untuk memastikan cerun di kawasan sekolah ini stabil dan selamat sekaligus menjamin keselamatan kakitangan dan pelajar sekolah. Antara kaedah utama pembaikan cerun yang telah digunakan di dalam projek ini iaitu Micro Pile dan Soil Nailing 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Khas 2, Cawangan Kejuruteraan Cerun selaku Pengurus Program, HOPT dan HODT JKR, Kontraktor Visi Sama  dan  semua pihak serta agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.