Date: Khamis, April 22, 2021

Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Kebangsaan Bangi, Kajang, Selangor Darul Ehsan dan Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor Darul Ehsan telah dilaksanakan pada 12 April 2021 (Isnin) bertempat di Dewan Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Langat. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs Ir. Zainuddin Bin Hussain, Jurutera Awam Penguasa Jalan, JKR Selangor selaku Wakil Timbalan Pengarah JKR Selangor dan YBrs Ir. Mohd Shahril Bin Mohd Said, Jurutera Daerah JKR Hulu Langat selaku Pegawai Penguasa projek ini kepada YBrs. Encik Roslan Bin Ibrahim, SUB Bhgn Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis ini turut dihadiri oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Cawangan Kejuruteraan Cerun dan Kontraktor Utama, Gagah Bangga Sdn. Bhd. dan Tepat Angka Sdn Bhd.

Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Kebangsaan Bangi, Kajang, Selangor Darul Ehsan dan Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor Darul Ehsan ini adalah projek Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah direkabentuk oleh IKRAM, Malaysia. Susulan daripada Arahan Perbendaharaan (AP182) projek ini diserahkan oleh KPM kepada Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur untuk dilaksanakan secara konvensional dalaman.

Jurutera Daerah JKR Hulu Langat telah dilantik sebagai Pegawai Penguasa (PP) dan dibantu oleh Jurutera Jalan selaku WPP serta dua orang Pegawai Tapak Bina.

Matlamat utama pembinaan projek ini adalah untuk memastikan cerun di kawasan sekolah ini stabil dan selamat sekaligus menjamin keselamatan kakitangan dan pelajar sekolah. Antara kaedah utama pembaikan cerun yang telah digunakan di dalam projek di Sekolah Kebangsaan Bangi adalah Structural Work, Roofing Work (For Grandstand), Drainage System, Close Turfing dan Stone Pitching dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Kajang adalah Interlocking Steel Sheet Pile, Tie Rods, Waller Beam, Geotextile, Filling, Capping Beam, Drainage System dan Road Works.

Kontraktor G4 yang bertanggungjawab melaksanakan projek Sekolah Kebangsaan Bangi adalah Gagah Bangga Sdn. Bhd. dengan kos kontrak semasa sebanyak          RM 926,069.00. Tarikh milik tapak bagi projek ini ialah pada 27 September 2019 dan kerja-kerja mengikut syarat-syarat kontrak telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada  14 November 2020. Manakala projek Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra adalah Tepat Angka Sdn. Bhd. dengan kos kontrak semasa sebanyak               RM 1,768,336.00. Tarikh milik tapak bagi projek ini ialah pada 7 Ogos 2019 dan kerja-kerja mengikut syarat-syarat kontrak telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada           26 November 2020.

Projek ini bukan sahaja menepati KPI JKR Malaysia 3 dalam 1 malahan telah memberi nilai tambahan 5 in 1 merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. SoFA
  3. As Built Drawing
  4. Penjimatan daripada Harga Kontrak
  5. Coffee table book

Syabas dan tahniah diucapkan kepada JKR Daerah Hulu Langat, Cawangan Kejuruteraan Cerun selaku Pengurus Program, HOPT dan HODT, Kontraktor Utama Gagah Bangga Sdn. Bhd. dan Tepat Angka Sdn Bhd. serta semua pihak atau agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Semoga kejayaan projek ini menjadi ikon bagi projek-projek lain khususnya di negeri Selangor dan di seluruh Malaysia secara amnya.