Date: Jumaat, November 25, 2022

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan Bagi Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Kebangsaan Taman Segar, Kuala Lumpur telah diadakan pada 23 November 2022 (Rabu) bertempat di Bilik Multimedia, Aras 1, SK Taman Segar, Kuala Lumpur.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada YBrs. Tuan Mohd Sayuti Bin Azmi, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Cawangan Pengurusan Hartanah dan Aset Alih, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan disaksikan oleh Wakil Pegawai Penguasa, Jurutera Awam Penguasa, Ir. Siti Nurulhuda binti Amirrudin dan Puan Khatijah binti Maulud, Guru Besar, SK Taman Segar, Kuala Lumpur. 

Majlis penyerahan ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, SK Taman Segar, Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pihak kontraktor utama, HNZ Supreme Enterprise.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) selaku Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT) dan diselia oleh JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku Pegawai Penguasa. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor utama HNZ Supreme Enterprise bermula pada 27 Julai 2021 dan telah berjaya disiapkan pada Tarikh Siap Semasa iaitu pada 19 Oktober 2022.

Projek ini melibatkan kerja-kerja pembaikan cerun dengan kaedah pengukuhan cerun menggunakan micropile, soil nailing, tieback rc wall, rock fill, gabion dan close turfing serta termasuk kerja-kerja pembinaan sistem saliran di kawasan cerun tersebut.

Projek ini turut berjaya disiapkan dan diserahkan secara 7 dalam 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC),
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing),
  3. Penyata akaun muktamad (SOFA),
  4. Penjimatan projek sebanyak RM 100,000.000 daripada ATDA asal
  5. Zero Major Defect
  6. Zero Lost Time Injuries
  7. Coffee Table Book

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cawangan Kerja Cerun dan kontraktor utama HNZ Supreme Enterprise serta semua agensi yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah berjaya menyiapkan projek ini mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan.