Date: Jumaat, Februari 26, 2021

Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenghilan, Tuaran, Sabah telah dilaksanakan pada 25 Februari 2021 (Khamis) bertempat di SMK Tenghilan, Tuaran, Sabah. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs Pn. Jaetty binti Ghanie, Jurutera Awam selaku Wakil Pegawai Penguasa (Utama) projek ini kepada YBrs. En Marcus bin Salagan, Pengetua SMK Tenghilan. Majlis ini turut dihadiri oleh pihak sekolah, pegawai Pasukan Projek Khas 2 dan Kontraktor Utama, Takat Berjaya Sdn. Bhd.

Projek Pembaikan Cerun dan Kerja-kerja Berkaitan di SMK Tenghilan, Tuaran Sabah ini adalah projek Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah direkabentuk oleh IKRAM, Malaysia. Susulan daripada Arahan Perbendaharaan (AP182) projek ini diserahkan oleh KPM kepada Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur untuk dilaksanakan secara konvensional dalaman.

Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 telah dilantik sebagai Pegawai Penguasa (PP) dan dibantu oleh Jurutera Awam selaku WPP(Utama), Juru Ukur Bahan selaku WPP(UB) serta seorang Pegawai Tapak Bina.

Matlamat utama pembinaan projek ini adalah untuk memastikan cerun di kawasan sekolah ini stabil dan selamat sekaligus menjamin keselamatan kakitangan dan pelajar sekolah. Antara kaedah utama pembaikan cerun yang telah digunakan di dalam projek ini iaitu Geotextile Reinforced Earth, Horizontal Sand Blanket, Close Turfing dan Stone Pitching. 

Kontraktor G4 yang bertanggungjawab melaksanakan projek ini adalah Takat Berjaya  Sdn. Bhd. dengan kos kontrak semasa sebanyak RM 2,111,111.00. Tarikh milik tapak bagi projek ini ialah pada 18 September 2019 dan kerja-kerja mengikut syarat-syarat kontrak telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 4 Disember 2020.

Projek ini bukan sahaja menepati KPI JKR Malaysia 3 dalam 1 malahan telah memberi nilai tambahan 5 in 1 merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Projek siap awal
  3. Zero loss time due to injury
  4. Zero major defect
  5. Coffee table book

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Khas 2, Cawangan Kejuruteraan Cerun selaku Pengurus Program, HOPT dan HODT, Kontraktor Utama Takat Berjaya Sdn. Bhd. serta semua pihak atau agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Semoga kejayaan projek ini menjadi ikon bagi projek-projek lain khususnya di negeri Sabah dan di seluruh Malaysia secara amnya.