Date: Selasa, Disember 13, 2022

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Taman Impian Indah (Paragon Heights), Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah diadakan pada 7 Disember 2022 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 19, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada YBrs. Tuan Mohd Sayuti Bin Azmi, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Cawangan Pengurusan Hartanah dan Aset Alih, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan disaksikan oleh Wakil Pegawai Penguasa, Jurutera Awam Penguasa, Ir. Siti Nurulhuda binti Amirrudin dan Puan Samsinar binti Tolos, Pengarah Jajaran Sinar Sdn. Bhd. kontraktor projek ini.

Majlis penyerahan ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pihak kontraktor utama, Jajaran Sinar Sdn. Bhd. 

Projek ini telah dilaksanakan secara konvensional dalaman oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) selaku Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT) dan diselia oleh JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku Pegawai Penguasa. Projek ini telah dilaksanakan oleh kontraktor utama Jajaran Sinar Sdn. Bhd. bermula pada 17 Ogos 2021 dan telah berjaya disiapkan pada Tarikh Siap Semasa iaitu pada 18 November 2022.

Skop projek ini melibatkan kerja-kerja pembaikan cerun dengan kaedah pengukuhan menggunakan, rock anchorage, rock netting micropile, concrete buttress wall, reinforced concrete wall, dan guniting works serta termasuk kerja-kerja pembinaan berm drains di kawasan cerun tersebut

Projek ini turut berjaya disiapkan dan diserahkan secara 7 dalam 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC),
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing),
  3. Penyata akaun muktamad (SOFA),
  4. Penjimatan kos krojek yang dianggarkan sebanyak RM 545,157.58 daripada kos siling projek
  5. Zero Major Defect
  6. Zero Lost Time Injuries
  7. Coffee Table Book

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cawangan Kerja Cerun dan kontraktor utama Jajaran Sinar Sdn. Bhd. serta semua agensi yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah berjaya menyiapkan projek ini mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan.