Date: Rabu, Januari 24, 2024

Majlis Penyerahan projek siap seperti di atas kepada pelanggan telah diadakan pada 16 Januari 2024 (Selasa) bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 19, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Hj. Md Rabani, Pengarah, JKR WPKL kepada Yang Berusaha Encik Fahrur Razi bin Nasuka, Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri dengan disaksikan oleh DSP Mohd Hazreeq bin Yunus, Pegawai Turus (Penyelenggaraan), Jabatan Logistk dan Teknologi, Bukit Aman, DSP Mohd Nazlan bin Othman, Mantan Ketua Bahagian Logistik dan Teknologi, IPD Brickfields Kuala Lumpur dan Puan Auni Filzah binti Ahmad Fauzi, Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia.
Projek ini berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan secara 10 dalam 1 yang merangkumi:
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
2. Lukisan Siap Bina (As-built drawing);
3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
4. Penjimatan RM 70,000.00 daripada kos kontrak projek;
5. Zero Lost Time Injuries;
6. Coffee Table Book;
7. Memenuhi Kehendak Pelanggan;
8. Projek Siap Tanpa Lanjutan Masa (EOT);
9. Pra Penyerahan – Tiada Kecacatan Besar Direkodkan dan;
10. Projek Siap Awal Dari Tarikh Kontrak Asal

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan projek dan kontraktor, Semarak Geo Enterprise di atas kejayaan menyiapkan projek ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga JKR WPKL di atas komitmen dan dedikasi di dalam memastikan penyiapan projek.